Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Hebat.. Nenek Tunjuk...

KEBIASAANNYA orang ramai akan memberi perhatian kepada kehebatan persembahan individu di tepi jalan...

Sekolah Tak Perlu Buat...

LANGKAWI - Pengurusan sekolah tidak perlu membuat majlis sambutan besar-besaran bersempena lawatan menteri...

Alessandra Kongsi Foto Makan...

SUPERMODEL terkenal Alessandra Ambrosio menerusi laman Instagramnya, alessandraambrosio berkongsi sekeping foto ketika menikmati snek eksotik...

Keseragaman Caj Akan Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Menghapuskan perbezaan dalam caj perkhidmatan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Hukuman Setimpal Untuk Pemandu Mabuk

KUALA LUMPUR – Hukuman yang lebih setimpal berkemungkinan menanti mana-mana individu sekiranya melakukan kesalahan memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Pertimbangan itu antara 26 soalan menerusi kaji selidik mengenai ‘pengambilan alkohol dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadap kesalahan memandu dalam keadaan mabuk’ seperti diajukan Kementerian Pengangkutan.

Kaji selidik bagi meninjau pandangan dan maklum balas dalam kalangan masyarakat, susulan isu pemandu mabuk di Malaysia yang semakin meruncing itu mula dijalankan sejak 21 Mei lalu dan bakal ditutup pada 4 Jun ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Inisiatif kerajaan untuk merombak pendekatan bagi menangani isu terbabit mula dirintis apabila pelbagai pihak berpandangan bahawa tiga jenis hukuman yang dikenakan kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol setakat ini, iaitu penjara, denda dan hilang kelayakan lesen memandu adalah tidak setimpal.

Berang kerana isu pengaruh alkohol ketika memandu tidak berkesudahan, segelintir pihak menuntut supaya individu yang dibuktikan bersalah sehingga menyebabkan kematian perlu dipenjara seumur hidup, malah berdepan hukuman tali gantung.

Hukuman keras sedemikian diketengahkan kerana menganggap hutang nyawa harus dibayar dengan nyawa, selain diyakini berupaya menjadi pemangkin ke arah kesedaran dalam kalangan masyarakat sekiranya masih berdegil untuk memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sisi lain berhubung isu itu yang turut diteliti Kementerian Pengangkutan menerusi kaji selidik berkenaan ialah kandungan alkohol dalam darah (BAC) untuk memandu, sama ada ia wajar dikurangkan daripada kadar semasa, iaitu 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau bersamaan 0.08 peratus.


Tiga kadar baharu yang dipertimbangkan ialah 0.05 peratus seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 0.02 peratus mengikut WHO untuk pemandu muda atau tiada langsung kandungan alkohol dalam badan.

Kementerian Pengangkutan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD), pada 24 Mei lalu dilaporkan berkata soal selidik dalam talian itu dibuat selepas Jemaah Menteri bersetuju untuk mengkaji semula Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Sejak kebelakangan ini, Malaysia dikejutkan dengan siri kejadian pemandu mabuk, 3 Mei lalu misalnya, seorang anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda, dipandu seorang lelaki yang disyaki mabuk.

Pada 22 Mei, seorang lelaki memandu kenderaan pacuan empat roda secara berbahaya di sebuah tapak perniagaan di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor menyebabkan lima orang cedera, sekali gus mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

Terbaharu, 26 Mei lalu di Kuantan, pekerja Alam Flora, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut selepas terbabit kemalangan dengan seorang pemandu dipercayai mabuk di Jalan Kuantan-Gebeng berdekatan Kampung Bukit Rangin. – BH Online

Kategori