Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abbott Dakwa MH370 Sengaja...

SYDNEY - Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, mendakwa, ‘pemimpin kanan’ Malaysia percaya...

Operasi Cari Paragliding Akan...

PORT DICKSON - Operasi mencari dan menyelamat pengendali paragliding yang dikhuatiri lemas selepas...

Peralihan Penuh Siaran TV...

CYBERJAYA - Negara akan beralih kepada siaran TV Digital myFreeview secara sepenuhnya pada...

Agong Dan Raja Permaisuri...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja...

Hukuman Mati Paling Tepat Untuk Pengedar Dadah

KUALA LUMPUR – Hukuman mati adalah hukuman terbaik untuk kesalahan membabitkan pengedar dadah yang didapati bersalah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa mencadangkan hukuman maksimum dalam kes pengedaran dadah sekiranya hukuman mati dimansuhkan.

“Secara peribadi saya berpendapat hukuman mati adalah hukuman terbaik bagi kesalahan berkenaan kerana pengedar dadah secara perlahan-lahan membunuh ramai penagih yang membeli dadah daripada mereka.

“Bagaimanapun sebagai polis, kita patuh sahaja undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen namun polis akan sentiasa meminta hukuman maksimum untuk pengedar dadah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini yang dilaksanakan pihak Peguam Negara.


Ahad lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dilaporkan berkata kajian itu dilakukan berikutan keputusan kerajaan berhasrat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabangsa berkaitan Hak Asasi Manusia.

Mohmad Salleh berkata hukuman setimpal yang boleh dikenakan membabitkan pengedar dadah ialah penjara seumur hidup atau tidak kurang 15 kali sebatan sekiranya hukuman mati dimansuhkan. – BERNAMA

Kategori