Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zakat Di Selangor Hanya...

KUALA LUMPUR - Hasil kutipan zakat Negeri Selangor akan kekal untuk golongan asnaf...

Terminal Lapangan Terbang Rome...

ROME - Sejumlah penerbangan dibatalkan dan jadual perjalanan beribu-ribu penumpang terjejas selepas sebahagian...

19 Februari Sebutan Semula...

JAWI - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 19 Feb untuk sebutan...

Pelaksanaan Potongan KWSP Lebih...

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suami...

Hukuman Mati Ke Atas 2 Pengikut Tuhan Harun Kekal

PUTRAJAYA – Dua pengikut “Tuhan Harun” akan dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 2013.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan akhir Sumustapha Suradi dan Shamsinar Abdul Halim dan mengekalkan sabitan dan hukuman mati.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum yang mengetuai barisan lima hakim memutuskan bahawa rayuan kedua-dua mereka tidak mempunyai merit.

Mahkamah juga disidangi oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Rohana Yusuf.

Sumustapha, 43 dan Shamsinar, 41, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2016 selepas mereka didapati bersdalah pada 2016 membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek.

Ahmad Raffli, 49, ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pada 10 Nov, 2013.


Kedua-dua mereka gagal dalam rayuan selepas Mahkamah Rayuan menolaknya pada 8 Feb tahun ini.

Ketua kumpulan ajaran sesat itu, Harun Mat Saat atau lebih dikenali sebagai “Tuhan Harun’, juga didakwa kerana bersubahat dalam pembunuhan tersebut. Bagaimanapun, tuduhan ke atasnya digugurkan pada 26 Ogos, 2016 selepas dia meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 16 Ogos, 2016 akibat masalah pernafasan.

Peguam Iskandar Shah Ibrahim mewakili kedua-dua mereka sementara timbalan pendakwa raya Ku Hayati Ku Haron menjalankan pendakwaan.

Pilihan terakhir yang ada untuk kedua-dua mereka ialah memfailkan petisyen bagi pengampunan kepada Lembaga Pengampunan. – BERNAMA

Kategori