Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM400,000 Untuk Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi menaik taraf...

2 Pencuci Tingkap ‘Bergayut’...

NEW YORK - Dua pekerja mencuci tingkap diselamatkan di World Trade Centre (WTC)...

“SPR, Kenapa Sekarang Boleh...

KUALA LUMPUR – Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedia berbincang dengan kerajaan...

Pulau Pinang Promosi LGBT...

MALAYSIA baharu yang disebut-sebut lahir selepas 9 Mei ini telah menonjolkan macam-macam penyelewengan...

“Hukuman Mati Hanya Untungkan Richard Huckle”

MUJUR tidak dijatuhkan hukuman mati, kalau tak hanya menguntungkan dia

Demikian reaksi Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, V. Sunderam terhadap pedofilia Britain, Richard Huckle yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah London.

Laporan FMT memetik beliau sebagai berkata, tiada hukuman lebih sesuai berbanding hukuman penjara seumur hidup untuk menghukum penjenayah terbabit.

Menurut Sunderam, hukuman yang dikenakan itu juga merupakan pengajaran buat individu-individu berperangai binatang seperti Richard.

Biar ini menjadi pengajaran buat pedofilia yang masih bebas di luar sana,” tambahnya.

Difahamkan, Richard sebelum ini pernah tinggal di Rumah Panjang Bukit Kiara dan diusir keluar dari penempatan itu selepas dia memaksa seorang kanak-kanak perempuan untuk diambil gambar bogelnya.

Justeru, Sunderam akan memaklumkan berita baik tentang hukuman diterima Richard itu kepada penduduk lain dalam mesyuarat persatuan pada hari ini.

Sebaik sahaja berita tentang pencabul seksual itu tersebar, beliau menyatakan telah bertanya sendiri kepada penduduk di rumah panjang berkenaan dan mendapati tiada kanak-kanak yang pernah menjadi mangsanya.


Beliau percaya kes Richard hanya sebahagian kecil, mungkin ada banyak lagi tempat di dalam negara ini yang pernah berlaku pencabulan seksual ke atas kanak-kanak tetapi tidak didedahkan.

Sementara itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis hak asasi manusia di Malaysia mendesak agar Richard turut dikenakan beberapa hukuman yang lain memandangkan jenayah yang dilakukan terlalu melampau.

Richard Huckle dari Ashton, Kent telah mengaku salah ke atas 71 pertuduhan melakukan deraan dan serangan seks terhadap kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun dari 2006 hingga 2014.

Dia menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran semasa melakukan kerja sukarelawan dengan masyarakat Kristian di ibu negara. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori