Hukuman Gantung Khabib, McGregor Dilanjutkan

LOS ANGELES – Bintang seni mempertahankan diri campuran, Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor akan terus kekal digantung sementara menunggu siasatan…

LOS ANGELES – Bintang seni mempertahankan diri campuran, Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor akan terus kekal digantung sementara menunggu siasatan penuh berikutan kekecohan yang berlaku ketika UFC229, kata jurucakap sukan tempur Venada, awal pagi tadi.

Suruhanjaya Sukan Nevada sebulat suara bersetuju dengan penggantungan itu tatkala pengerusi, Anthony Marnell memerintahkan kedua-dua petinju hadir dalam satu sesi pendengaran, 10 Disember ini.

Nurmagomedov dari Russia dan McGregor (Ireland) sudah menjalani penggantungan selama 10 hari – tempoh maksimum bagi petinju digantung sementara menunggu pendengaran kes.

Penggantungan itu berpunca daripada pasca pertarungan luar biasa yang meletus selepas Nurmagomedov menewaskan McGregor di Las Vegas, 6 Okotober lalu.

Nurmagomedov tidak melepaskan cengkamannya selepas McGregor sudah mengalah sebelum petinju dari Russia itu keluar gelanggang untuk menyerang ahli kumpulan McGregor.

Lima ahli lembaga juga mengundi untuk melepaskan separuh daripada wang kemenangan Nurmagomedov yang berjumlah $2 juta (RM8.34 juta), yang sebelum ini disekat serta-merta sebaik saja pertarungan berakhir.

Marnell berkata, dia percaya $1 juta (RM4.17 juta) itu akan membolehkan Nurmagomedov membayar perbelanjaannya tetapi masih ‘mencukupi wang untuk kekal konsisten dengan pendengaran kes’.

Sebaik saja siasatan selesai, suruhanjaya mempunyai kuasa untuk memuktamadkan penggantungan seumur hidup, meskipun hukuman sebegitu mungkin tidak akan dikenakan. – AFP

Loading...