Hujan Lebat Di Terengganu, Pahang Jumaat Hingga Ahad

KUALA LUMPUR – Hujan lebat diramal berlaku di Terengganu dan Pahang, pada Jumaat (30 November) hingga Ahad (2 Disember) ini.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan petang ini menyebut amaran cuaca waspada itu dijangka berlaku di tiga jajahan Terengganu iaitu Marang, Dungun dan Kemaman.

Pahang dijangka mengalami hujan lebat di Kuantan dan Pekan dalam tempoh sama. – BERNAMA