Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Faizal Tahir Teruja PM...

PENYANYI terkenal tanah air, Faizal Tahir mengakui teruja apabila lagu ciptaan Ezra Kong...

Perkhidmatan Rapid KL Dilanjutkan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL di stesen...

Meninggal Dunia Lepas Selesai...

SUBHANALLAH.. pemergian seorang bilal di Jeddah ketika sedang melaungkan azan Subuh di  Masjid Al-Amirah Hussah...

Durian Batu Kurau Akan...

LARUT — Durian Batu Kurau akan didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia...

Hujan Lebat Di Makkah Ceriakan Jemaah Haji

MAKKAH – Biar pun hanya kira-kira lebih 15 minit, hujan lebat yang melanda kota suci ini benar-benar menceriakan penduduk setempat dan juga ribuan jemaah haji yang berada di sini untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Ini kerana hujan pada kira-kira pukul 4.30 petang pada waktu tempatan itu dialami selepas kali terakhir ia menyirami kota suci ini pada Ramadan lalu. “Alhamdulillah kurang panas sikit,” kata seorang jemaah haji Malaysia, Abdullah Ahmad, 52.

Suhu di sini lazimnya mencecah antara 40 hingga 43 darjah Celsius dan dengan penurunan suhu akibat hujan, ramai daripada jemaah berkira-kira untuk menunaikan umrah hari ini.

Bagi Ramlah Abdul, 63, beliau mahu menunaikan umrah malam ini berikutan cuaca yang agak redup dan tidak panas seperti kelaziman.

“Ini peluang terbaik mak cik dan yang lain untuk melakukan umrah sebab hujan jadi cuaca redup dan mudah-mudahan tidak panas,” katanya.

Menurut seorang penduduk tempatan, Abu Razif, 40-an, kali terakhir hujan di sini adalah pada Ramadan lalu, sambil beliau berulang-kali mengucapkan Alhamdulillah.


Sementara itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang tiba di tanah suci hingga hari ini adalah seramai 15,685 orang.

Jumlah itu membabitkan seramai 15,607 jemaah di sini manakala 78 jemaah lagi di Madinah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori