Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tanah Rizab Melayu Akan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu semua kerajaan negeri...

Video Penampilan Terakhir Steven...

SEMALAM merupakan penampilan terakhir Steven Gerrard bersama pasukan Liverpool yang diwakilinya sejak 17...

Demonstrasi Haram Musnah Kehormonian...

NIBONG TEBAL - Demonstrasi haram boleh memusnahkan keharmonian negara dan penunjuk perasaan tidak...

TM Lancar Pelan Pascabayar...

JENAMA tumpuan utama Telekom Malaysia Bhd. (TM), Unifi hari ini melancarkan mudah alih...

Air Naik, 9 Keluarga Dipindah Di Pulau Pinang

PULAU PINANG – Seramai 33 orang daripada sembilan buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di surau Haji Hashim, Bukit Kecil, Sungai Pinang di sini, selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Menurut jurucakap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya, kesemua mereka termasuk empat kanak-kanak dan sembilan warga emas itu dipindahkan kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Dalam pada itu, jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan, hujan lebat bermula pukul 3.30 petang tadi menyebabkan empat daerah terjejas teruk akibat banjir.

Daerah itu, katanya, membabitkan tujuh kawasan di Bayan Lepas; lapan kawasan di Teluk Kumbar; empat kawasan di Bayan Baru serta enam kawasan di Bayan Lepas.

Hujan lebat lebih empat jam itu juga menyebabkan rumah penduduk di kawasan terlibat dinaiki air antara 0.3 meter hingga satu meter.


Selain itu, kejadian runtuhan tanah turut dilaporkan berlaku melibatkan tebing jalan antara Green Garden dan Persimpangan Jalan Paya Terubong-Jalan Tun Sardon di sini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan keadaan runtuhan tanah di tebing jalan itu kini sedang pantau pihak berkuasa termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR). – UTUSAN ONLINE

Kategori