Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Fattah Amin Dah Jadi...

HAAA tak habis lagi demam Hero Seorang Cinderella ni... Hebat sungguh ultras FATTZURA...

Tiada Mesyuarat PM Dengan...

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan dijadualkan di antara Tan Sri...

3 GAMBAR: Haru!! Ekzos...

Seperti kita sedia maklum ramai golongan mat rempit di Malaysia ni memang handal...

Rasa Sayang Yang Bawa...

VIRGINIA- Demi kasih sayang terhadap suaminya, seorang isteri, Andrea Crew, 31, sanggup menggugurkan...

Hubungan Cinta Makin Goyah? Jom Baca Tips Ni…

HUBUNGAN percintaan mungkin hanya menjadi ‘hangat’ sekitar tahun pertama atau tahun kedua sahaja… Seterusnya, ia terletak kepada pasangan itu sama ada untuk teruskan atau biarkan sahaja putus di tengah jalan.

Mungkin ia kedengaran seperti sedikit kejam jika seseorang itu hanya berasa teruja untuk mencintai atau mengenali pasangannya pada permulaan sahaja.

Selepas beberapa ketika, perasaan teruja itu mungkin akan berkurangan hari demi hari jika ia tidak dimulakan dengan cara yang betul.

Setiap pasangan yang bercinta pasti mahu hubungan itu berakhir dengan perkahwinan selepas berkenalan dalam tempoh masa yang panjang.

Jadi, kami ada sediakan beberapa tips dan cara untuk anda meneruskan kehangatan cinta itu sehingga ke detik bahagian kalian berdua di atas pelamin.

Namun tips ini hanya akan berjaya sekiranya anda mengetepikan segala perasaan tawar hati atau sekadar mencuba itu kerana perkahwinan bukanlah satu fasa yang mudah…

Ketika itulah anda akan mengenali pasangan anda dengan lebih dekat!

1. Bina persahabatan terlebih dahulu sebelum melompat ke fasa seterusnya.

Tak kenal, maka tak cinta. Setiap percintaan pasti bermula dngan satu perkenalan… Jika mahu sesebuah hubungan itu bertahan lama, anda perlu mengenali pasangan anda terlebih dahulu.

Luangkan masa bersama-sama untuk beberapa ketika supaya kalian berdua dapat mengenali hati budi masing-masing. Jangan terlampau terburu-buru dalam melakukan sesuatu keputusan.

Dengan itu, anda akan mengetahui adakan si dia merupakan calon yang dicari? Jangan sampai dah bercinta lama-lama, tapi akhirnya putus dengan alasan tidak serasi…

2. Masa, usaha dan komunikasi ialah kunci segala permasalahan.

Setiap pasangan pasti mempunyai aktiviti kegemaran untuk menghabiskan masa bersama. Antaranya ialah di taman, berkelah ataupun melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

Jangan risau, anda tidak perlu berhabis duit demi mendapatkan masa berkualiti bersama.

Sekadar berkelah di tepi pantai sahaja sudah memadai dan tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak… Sekadar bawa makanan serta bentangkan tikar sahaja di situ.

Lebih mudah, tinggalkan sahaja sekeping nota di kereta pasangan dengan memberikan kata-kata semangat kepadanya bagi memulakan hari yang indah.

Namun jika anda merasai bahawa hubungan itu sedang dalam masalah, komunikasi adalah kunci utama untuk menyelesaikan segala permasalahan yang ada pada kalian berdua.

Bincang sesama sendiri dan fikirkan sesuatu penyelesaian kepada masalah yang sedang kalian hadapi.

3. Berhati-hati jika berlaku pergaduhan

Semua pasangan bercinta semestinya mempunyai masalah yang tersendiri dan mungkin terjadi perselisihan faham antara kalian berdua.

Bagaimanapun, jika perselisihan faham itu sekadar perkara kecil, elakkan memperbesarkan ia kerana tidak semua masalah berakhir dengan perpisahan.


Duduk berbincang dan luahkan apa yang selama ini terbuku di hati supaya pergaduhan seperti itu tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

4. Bahagia hanya untuk sementara?

Waktu mula bercinta, bau kentut pun boleh hadap lagi… Lepas dua tahun bercinta, tengok muka hari-hari pun dah bosan?

Mungkin waktu itu anda akan terpengaruh dengan hasutan orang ketiga yang mahu merosakkan hubungan kalian? Kalau perkara itu yang sedang terjadi, kalian berdua harus menghadapinya bersama.

Jika anda sedang mengalami situasi ini, capet-cepat selesaikannya dan cari jalan lain sama ada hubungan itu perlu diteruskan atau akur sahaja ia sudah berakhir.

5. Jadi seorang yang realistik

Jangan terlampau mengharapkan pasangan anda sentiasa membuat sesuatu di luar jangkaan. Tapi anda? Hanya duduk menantikan detik seperti itu sahaja?

Dalam satu perhubungan, kedua-dua pasangan harus memupuk sikap memberi dan menerima.

Jika si dia sudah membuat kejutan untuk anda, apa kata bulan hadapan anda pula yang beri kejutan kepada pasangan ketika dia sedang stress dengan kerja yang bertimbun.

Selain itu, jangan terlampau terpengaruh dengan nasihat di dalam majalah yang sering menggalakkan tabiat kurang sihat dalam sesebuah perhubungan.

6. Sekadar cinta sahaja tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Tidak semua masalah boleh selesai hanya dengan cinta. Masalah kewangan tidak akan selesai kerana cinta, kereta yang rosak juga tidak akan elok dengan sendiri hanya dengan cinta.

Benar, cinta itu merupaakan perkara utama dalam sesebuah perhubungan tetapi tidak semestinya semua perkara boleh selesai hanya dengan cinta.

Sebaliknya, kalian berdua harus berusaha untuk memupuk rasa cinta dan perikemanusiaan pada tahap yang sama supaya hubungan akan terus berpanjangan.

Tetapi, jika anda rasa hubungan itu sudah sampai di hujung tanduk, elakkan beri alasan tidak masuk akal seperti “Saya sayangkan awak, takkan tu tak cukup?”

Hal ini kerana perkataan seperti itu bukanlah akan menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya.

Setiap perhubungan terletak kepada pasangan itu sendiri. Mereka yang akan mencorak liku-liku perjalanan percintaan itu, sama ada berakhir di jinjang pelamin atau sekadar habis masa dan duit sahaja? – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Kategori