Huawei Nafi Sebarang Salah Laku CFO Syarikat

GUANGZHOU – Gergasi teknologi China, Huawei, pada Khamis menafikan sebarang salah laku oleh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat itu, Meng…

GUANGZHOU – Gergasi teknologi China, Huawei, pada Khamis menafikan sebarang salah laku oleh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat itu, Meng Wanzhou, selepas beliau ditahan buat sementara waktu oleh Pihak Berkuasa Kanada, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan Huawei, syarikat itu telah diberikan maklumat yang amat sedikit berkaitan perkara tersebut dan tidak menyedari sebarang salah laku oleh Meng.

Huawei berkata syarikat itu telah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai di mana sahaja ia beroperasi, termasuk undang-undang sekatan dan kawalan eksport yang diguna pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat (AS) serta Kesatuan Eropah.

“Syarikat percaya sistem perundangan Kanada dan AS pada akhirnya akan mencapai satu keputusan yang tepat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Meng telah ditahan buat sementara waktu oleh Pihak Berkuasa Kanada bagi pihak AS ketika wanita tersebut menukar penerbangan di Kanada. – BERNAMA

Loading...