Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Vingada Yakin Pemain Pamer...

SEPANG - Ketua jurulatih skuad bola sepak Malaysia, Nelo Vingada yakin anak buahnya...

Tular Baju Ibu Menyusu,...

GARA-GARA baju Melayu keluarannya kelihatan seperti busana ibu menyusukan anak, pelakon Erry Putra...

Bapa Sanggup Ambil Cuti...

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa yang juga kakitangan Petronas di Melaka sanggup mengambil...

H5N1: 1,800 Unggas, 1,075...

KOTA BHARU - Sebanyak 1,800 unggas dan 1,075 telur dilupuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar...

Video: Gunting Rambut Berapi… Anda Berani Cuba?

KEBIASAANNYA, peralatan seperti sikat, gunting dan mesin pemotong rambut sudah menjadi benda wajib yang boleh ditemui di kebanyakan kedai gunting rambut.

Bagaimanapun, lain pula caranya di sebuah kedai gunting rambut ini apabila menggunakan metod berbeza sehingga menarik perhatian ramai netizen di media sosial.

Percaya atau tidak, tukang gunting rambut di sebuah kedai di utara tanah air dikatakan menggunakan api untuk menggunting rambut pelanggannya.

Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang pelik namun itulah kemahiran pemilik kedai Armin barber shop & pomades yang dikenali sebagai Amir Mazli

Pemuda ini dikatakan sangat mahir menggunakan api untuk menggunting rambut!

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 29 saat, ia menunjukkan bagaimana Amir melakukan demonstrasi kepada salah seorang pelangganya menggunakan teknik api.

Amir pada mulanya dilihat meletakkan sejenis cecair seperti minyak ke atas rambut pelanggannya itu sebelum menggaulnya.

Dia kemudian menyalakan api dengan menggunakan pemetik api, membuatkan rambut pelanggannya itu terbakar sambil disemburkan air.


Lalu rambut yang masih berasap itu terus disikat secara rapi berkali-kali sehingga menjadi kemas, membuatkan netizen yang melihat aksi itu terus kagum dengan teknik itu.

“Fuh! Dah macam nak goreng char kuew tiow, tapi stlye jugak mamat ni buat, kemas,” komen seorang netizen.

Menurut Amir, teknik gunting rambut berapinya itu begitu menarik perhatian pelanggan yang terdiri daripada golongan muda, apatah lagi ia merupakan yang pertama di Malaysia.

Difahamkan, kaedah ‘bakar rambut’ ini juga dapat meluruskan rambut yang tersimpul dan pada masa sama mematikan hujung akar rambut yang tidak sihat.

Malah jika ia dilakukan pada rambut panjang, ia mampu meluruskan rambut sehingga enam bulan dan tiga bulan buat rambut pendek.

Apa pendapat anda, adakah anda ingin mencuba teknik gunting rambut berapi yang terletak di  Plaza Ivory di Bukit Gambier, Penang ini?

Apa-apa pun kemahiran yang dipaparkan oleh tukang gunting rambut ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang cukup terlatih sahaja, jangan tiru dirumah pulak ya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori