Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pejabat LHDN Kemaman, Kuala...

KUALA LUMPUR - Pusat Khidmat Hasil (PKH) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di...

Liyana Jasmay Tak Guna...

KUALA LUMPUR - Pelakon Liyana Jasmay tidak akan menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk...

Diiring Bodyguard ‘Pinjam’, Nadia...

BAHARU beberapa tahun berkecimpung dalam industri hiburan, pastinya membuatkan ramai terkejut apabila pelakon...

BN Perlu Kerja Sepanjang...

KUALA LUMPUR - Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bekerja sepanjang tahun dan...

HSR: Malaysia Bayar Pampasan RM320 Juta Kepada Singapura

KUALA LUMPUR – Malaysia telah membayar sebanyak SG$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura bagi kos yang ditanggung membabitkan pembangunan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) serta berkaitan dengan lanjutan penangguhannya.

Kedua-dua negara terbabit telah mencapai persetujuan berhubung jumlah tersebut susulan proses verifikasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.

Jumlah tersebut juga mewakili penyelesaian penuh serta akhir berkaitan pembatalan Perjanjian Dua Hala bagi projek HSR pada 31 Disember 2020, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Pengangkutan Singapura dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Singapura turut menegaskan untuk kekal komited terhadap usaha memelihara hubungan baik serta menjalin kerjasama erat bagi kepentingan bersama rakyat masing-masing. – BERNAMA

Kategori