Hritik Roshan Terselamat Daripada Letupan Di Turki

AKTOR popular Bollywood, Hritik Roshan terselamat daripada turut terlibat dalam insiden letupan berani mati yang berlaku di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul, Turki Selasa lalu.

Hritik Roshan Terselamat Daripada Letupan Di Turki

Hrithik, 42, yang berada di lapangan tersebut bebrapa jam sebelum kejadian berlaku baharu sahaja pulang dari bercuti di Afrika bersama anak-anaknya, Hrehaan dan Hridhaan dalam perjalanan untuk pulang ke India.

“Terlepas penerbangan pulang ke India di Istanbul dan terpaksa berada di lapangan terbang sehingga esok tetapi kami bernasib baik mengambil kelas ekonomi bagi membolehkan kami pulang segera,” katanya menerusi Twitter.

Hero bagi filem Mahenjo Daro itu turut meluahkan rasa terima kasih kepada kakitangan lapangan terbang itu kerana banyak membantunya.

Hritik Roshan Terselamat Daripada Letupan Di Turki

Malah menerusi laman mikro Twitternya, Hritik turut menyeru peminatnya untuk bersatu hati menentang keganasan.

“Ia berita mengejutkan kerana nyawa tidak berdosa terbunuh dan kita mesti bersatu dalam menentang keganasan,” katanya.

Insiden letupan itu mengorbankan 41 orang dewasa dan lebih 230 orang tercedera. -MYNEWSHUB.CC