Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir Landa 2 Lagi...

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus...

Curi 14 Kotak Ubat...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri 14 kotak ubat gigi di sebuah pasar raya,...

MOTAC Mahu KDN Pertimbang...

KUCHING - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

H5N1 Dikesan Pada Lembu...

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji...

‘Hotspot Tracker’ Kesan Kes Positif COVID-19 Radius 1km

PUTRAJAYA – Rakyat boleh mengesan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan tertentu menggunakan ‘Hotspot Tracker’ menerusi aplikasi MySejahtera.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia bagi membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko.

Pada sama sama, katanya, rakyat disaran tidak melakukan perjalanan tidak perlu (non-essential travel) ke kawasan yang mempunyai risiko jangkitan COVID-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Aplikasi ini boleh dijadikan panduan kepada setiap pengguna dalam membuat keputusan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ini sejajar dengan pemerkasaan diri individu dan rakyat dalam membiasakan diri dalam kelaziman baharu kehidupan seharian.

“Masyarakat perlu jaga diri, keluarga dan komuniti sekeliling mereka bagi memastikan ianya bebas COVID-19.


“Bagi yang belum memuat turun aplikasi MySejahtera, boleh berbuat demikian untuk menggunakan fungsi penting, termasuk penilaian kendiri kesihatan selain mengakses maklumat terkini daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Kategori