Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ramai Wanita Mengandung Hisap...

WASHINGTON - Kajian baharu menemui bukti bahawa semakin ramai ibu mengandung di Amerika...

“Kapal Selam Mini Dah...

KALAU pada Isnin, ramai teruja dengan 'kapal selam' mini yang diuji milik billionaire,...

Pemilik Kedai Kopi Berdepan...

SEORANG pemilik sebuah kedai kopi berdepan dengan hukuman penjara selepas menggunakan model separuh...

Covid-19: 1,866 Kes Positif...

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,866 kes berbanding...

Hotline Untuk Mereka Yang Ingin Berhenti Merokok

GEORGE TOWN – Jumlah perokok yang berjaya berhenti merokok meningkat daripada 18 peratus kepada 26 peratus tahun ini selepas usaha berterusan dilakukan pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata pada masa ini, terdapat lima juta perokok aktif di Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan sehingga Julai tahun ini, seramai 4,710 perokok mendaftar dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk berhenti merokok.

“Daripada 4,710 perokok, sejumlah 1,223 perokok berjaya berhenti merokok dan ini merupakan petanda positif untuk mengurangkan 30 peratus jumlah perokok menjelang 2025,” katanya pada majlis pelancaran Tobacco Quitline Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Dr. Hilmi juga berkata pada masa ini, terdapat lebih 534 klinik, 45 hospital dan 145 kemudahan swasta yang menawarkan bantuan kepada perokok untuk menghentikan tabiat merokok.

“Sejak program ini bermula pada 2009, kita telah membantu ramai perokok untuk berhenti merokok tetapi pada pendapat kami, usaha sahaja tidak cukup, oleh itu kita telah membuat lonjakan dengan memperkenalkan perkhidmatan mQuit,” katanya.

Perkhidmatan itu menyediakan nasihat kepada perokok yang ingin menghentikan tabiat merokok serta kaunselor dilantik akan membimbing mereka dari mula hingga mereka berjaya berhenti merokok sepenuhnya.

Usaha daripada USM itu turut disokong oleh Johnson&Johnson yang berkongsi visi yang sama dalam membina negara bebas asap rokok.

Pengarah Urusan Johnson&Johnson Malaysia dan Brunei, Chin Keat Chyuan berkata syarikat itu komited membantu Kementerian Kesihatan untuk memastikan 390,000 perokok berhenti merokok dalam masa tiga tahun.


“Kajian menunjukkan dengan kaunseling yang betul, kadar kejayaan perokok berhenti adalah lima kali lebih cenderung berbanding inisiatif individu, dan kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini,” katanya.

Johnson&Johnson menyumbang sebanyak RM300,000 untuk menubuhkan Tobacco Quitline di USM.

Timbalan Naib Canselor universiti itu Datuk Dr. Omar Osman berkata sejak 2012, USM menjadi kawasan bebas asap rokok dan bersyukur dengan usaha berterusan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan bilangan perokok di negara ini.

Perokok yang berazam untuk berhenti merokok boleh menghubungi 04-6535999 untuk bantuan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori