Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

GPS Peroleh Majoriti Mudah...

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya memperoleh majoriti...

Gaun Pengantin Kate Middleton...

SEORANG pereka fesyen telah memfailkan saman terhadap sebuah butik British  kerana dipercayai telah...

Sarawak Ambil 4 Langkah...

KUCHING - Kerajaan Negeri akan mengambil empat langkah utama untuk mengawal pengimportan dan...

Pemandu Treler Maut, Kelindan...

SEREMBAN - Seorang pemandu treler maut manakala kelindannya mengalami kecederaan parah dalam kemalangan...

Hospital Pakar Wakaf RM600 Juta Tawar Rawatan Percuma

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor muncul sebagai negeri pertama di negara ini berjaya membina sebuah hospital pakar di atas sebidang tanah wakaf melalui kerjasama dengan pihak swasta.

Ia menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ) menjalin usaha sama pintar dengan Kencana Healthcare Sdn. Bhd. bagi pembangunan Kompleks Perubatan Pakar seluas kira-kira 2.2 hektar di Jalan Tahana, Bandar Baru Uda di sini.

Projek prasarana mega yang bernilai RM600 juta dan dibangunkan atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) itu dijangka siap sepenuhnya sebelum mula beroperasi menjelang tahun 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kompleks itu mampu menyediakan kemudahan 280 katil pesakit, 60 klinik pakar, 120 bilik penginapan, kemudahan pakar dan 650 tempat letak kenderaan awam.

Kencana Healthcare ujar beliau, bakal bertanggungjawab membangunkan projek tersebut dengan pengendali yang berpengalaman manakala pihak PIJ sebagai nazir bagi pembangunan atas tanah wakaf berkenaan.

“Selaras dengan objektif utama penubuhan Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ), rawatan percuma akan turut diberikan kepada 1,000 hingga 3,000 orang daripada golongan asnaf melalui skim insurans berkelompok.

“Ini selari dengan gesaan supaya Johor dibangunkan melalui lebih banyak instrumen kemasyarakatan seperti wakaf, termasuk usaha memoden dan menambah baik perkhidmatan perubatan dan kesihatan,” kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Majlis Pecah Tanah Kompleks Perubatan Pakar dan Majlis Jamuan Aidilfitri PIJ dan kumpulan di sini, pada Sabtu. Ketika ini ada kira-kira 3,000 hektar tanah wakaf di seluruh Johor.


Kompleks Perubatan Pakar yang berstatus patuh syariah dengan keluasan binaan 1.76 hektar itu turut merangkumi 32 unit kedai komersial, dewan dan hotel mesra Muslim bertaraf empat bintang mengandungi 153 bilik.

Mengulas dengan lebih lanjut, Mohamed Khaled berkata, instrumen yang lebih mapan dan inovatif dalam aspek pengurusan wakaf hartanah perlu digunakan dengan lebih luas bagi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

“Instrumen yang potensinya selama ini kita pinggirkan, dikesampingkan dan tidak diarusperdanakan, iaitu instrumen wakaf sebagai cara membangunkan kemudahan kesihatan dan perubatan masyarakat,” kata beliau lagi.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kencana Healthcare, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar dan Pengurus Besar PIJ, Zulkiflee Abbas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori