Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Maszlee Janji Jadikan TVET...

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan berusaha ke arah menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan...

Curi Pakaian Di Kompleks...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai pakaian di sebuah kompleks beli-belah, seorang penganggur...

Dirasuk Jin, Lelaki Sembelih...

SEORANG lelaki bertindak menyembelih isterinya sebelum mencederakan diri sendiri sehingga kedua-duanya menemui ajal. Lelaki...

Siasatan Kematian Muhammad Adib...

KUALA LUMPUR - Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini disiasat dan...

Hospital P.Pinang Cari Waris 3 Mayat Lelaki

GEORGE TOWN – Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari anggota keluarga atau waris kepada tiga lelaki yang mayat mereka masih tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik HPP sejak 12 Dis lepas.

Pengarah HPP Datuk Dr. Norsidah Ismail berkata dua daripada tiga mayat itu tidak mempunyai sebarang pengenalan diri manakala satu lagi mayat ialah K. Vadivelo, 69, dan beralamat terakhir di BH 135 Mukim 2, Teluk Bahang dekat sini.

“Dua mayat yang tidak mempunyai sebarang identiti itu meninggal dunia disebabkan penyakit batuk kering atau Pulmonary Tuberculosis (TB) dan masing-masing mati pada pukul 5.07 pagi 12 Dis serta 7.37 malam pada 16 Dis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya Vadivelo yang beragama Hindu pula meninggal dunia pada 9.39 malam 16 Dis lepas kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris atau anggota keluarga tiga lelaki itu diminta menghubungi talin 04-2225947 atau 2225116 atau hadir ke Jabatan Perubatan Forensik HPP.- BERNAMA

Kategori