Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

JDT Tidak Berminat. Ronaldinho...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) menafikan pasukan itu berhasrat mendapatkan khidmat...

Negeri Sembilan Mungkin Bubar...

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan melihat sama ada pembubaran Dewan...

Langkah Malaysia Tarik Diri...

SINGAPURA - Langkah kerajaan Malaysia menamatkan Grand Prix Malaysia daripada jadual Formula One...

Video Pengundi Dakwa Warisan...

KIMANIS - Imej Parti Warisan Sabah (Warisan) agak tercalar apabila dikaitkan politik wang...

Hospital Gantung Kajian, Terima Banyak Derma Najis

PARIS – Hospital di ibu kota Perancis yang merayu sumbangan contoh najis untuk tujuan mengkaji penyakit usus berkata ia sudah menggantung projek itu selepas menerima terlalu ramai penderma yang mengharapkan ganjaran 50 euro (RM237) dengan mudah.

“Kami terpaksa membatalkan rayuan mendapatkan penderma dan menggantung kajian kerana ia sudah di luar kawalan,” kata pakar gastroenterologi, Harry Sokol, yang mengetuai kajian itu di hospital Saint-Antoine.

Penderma, pada awalnya dicari menerusi poster di hospital dan sekolah perubatan, menawarkan ganjaran 50 euro jika diterima.

“Seseorang mengambil gambar dan ia tersebar dengan pantas di internet dan media sosial kerana mesej sudah diubah suai: Orang ramai menyangka ia bermaksud: Berikan kami najis anda, kami berikan anda 50 euro,” kata Sokol.


Talian hotline dan emel bagi penderma berpotensi juga mendapat banyak reaksi, dan selepas talian dipotong, panggilan dibuat ke hospital, malah sebahagiannya datang sendiri dan ia masih berterusan.

Perkembangan pemilihan ketat bagi kajian itu, mencari potensi rawatan untuk radang usus, membabitkan siri ujian darah dan najis selain temubual mengenai sejarah perubatan penderma.

Doktor di seluruh dunia mengkaji pemindahan najis, bertujuan merawat pelbagai penyakit usus kronik dengan memperkenalkan bakteria najis daripada individu sihat kepada pesakit dijangkiti untuk membantu mengisi keseimbangan bakteria normal. – AFP/BH ONLINE

Kategori