Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 17 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

2 Nelayan Dikhuatiri Lemas...

GEORGETOWN - Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki dipercayai karam di...

Pelarian: Myanmar, Bangladesh Cari...

YANGON - Myanmar dan Bangladesh bekerjasama bagi menyelesaikan isu pelarian terkandas di '’garisan...

Wanita Dipenjara Rakam Gambar...

MAHKAMAH Korea Selatan pada Isnin membuat keputusan mengejutkan apabila menjatuhkan hukuman penjara terhadap...

Hospital Di Malaysia Masih Selamat Serangan Siber

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangka hospital di negara ini tidak akan mengalami serangan siber ‘ransomware’ yang kini melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di England.

Ini kerana semua hospital di Malaysia masih lagi belum mempunyai sistem pangkalan data bersepadu seperti di negara Eropah tersebut, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau malahan berkata pihaknya juga dimaklumkan bahawa pihak kerajaan sendiri sedang meningkatkan sistem kawalan khusus dalam berhadapan dengan ancaman keselamatan siber seumpama ini.

“Buat masa ini, serangan ransomware mungkin tidak akan memberi kesan yang besar kepada negara kita kerana kita masih belum ada sistem pangkalan data kesihatan bersepadu nasional, cuma secara asing sahaja.

“Di England, mereka sudah lama mempunyai sistem sebegini dan jika kena (serangan siber), keseluruhan sistem pangkalan data di seluruh negara itu pun juga akan kena.

“Bagaimanapun, kita sememangnya ke arah mengintegrasikannya dan bila itu terjadi, ini adalah antara satu risiko. Ini kerana kalau kena di satu tempat, mungkin ia boleh merosakkan (sistem) di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat kebangsaan di Dewan Putra, Felda Palong Timur di sini hari ini.

Turut hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, Norshida Ibrahim; Pengarah Kawalan Penyakit KKM, Dr. Chong Chee Kheong dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Rooshaimi Merican A. Rahim Merican.

Subramanian yang juga Anggota Parlimen Segamat berkata, orang ramai termasuk doktor tidak perlu risau mengenai perkara ini kerana sistem pangkalan data masih belum diintegrasikan lagi.

“Setiap hospital di negara ini mempunyai sistem mereka sendiri. Kalau kena pun (serangan siber), mereka sahaja yang kena dan tidak melibatkan rangkaian komputer di seluruh negara.


“Lagipun sistem kita (KKM) diuruskan Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selain Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga dipertanggungjawabkan jaga keselamatan siber negara ini,” katanya.

Hari ini akhbar melaporkan hospital di seluruh England terpaksa menolak pesakit dan membatalkan janji temu selepas serangan siber melumpuhkan sebahagian sistem komputer perkhidmatan kesihatan kendalian negara itu.

Dalam pada itu, Dr. Subramanian berkata kes malaria di negara ini menunjukkan penurunan kes lebih 90 peratus sejak Malaysia melaksanakan Program Eradikasi Malaria sejak empat dekad lepas.

Beliau berkata langkah jangka masa panjang itu akhirnya memberi kesan positif dalam usaha menjadikan Malaysia bebas malaria menjelang 2020.

“Pada tahun 1961, jumlah kes malaria hampir mencecah 250,000 kes. Jumlah itu kemudiannya menurun kepada 12,000 kes pada 2000 dan pada tahun lepas, 2,302 kes sahaja.

“Ini merupakan satu kejayaan besar kerana kita berjaya menurunkan penularan penyakit daripada seorang pesakit kepada pesakit baharu,” katanya.

Katanya walaupun kes malaria dapat dikurangkan, namun usaha membanteras penyakit berkenaan perlu terus dilaksanakan terutama dalam menghadapi cabaran lain yang berkaitan dengannya. – BERNAMA

Kategori