Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bekas ADUN Didakwa Cabul...

MUAR : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dihadapkan ke...

Jaga Imej Jakim Semasa...

BANGI - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha...

Langkah Tepat Lantik Najib...

KUALA LUMPUR - Keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Najib...

Kepimpinan Pakatan Harapan Hanya...

LUMUT – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pembentukan...

Hormati Keputusan Nurul Izzah – Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Keputusan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang perlu dihormati semua pihak, kata Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

Dalam kenyataan hari ini, Zuraida berkata beliau percaya keputusan Nurul Izzah itu telah difikirkan secara mendalam dari pelbagai aspek.

“Jika kita menghormati keputusan beliau untuk bertanding sebagai Naib Presiden PKR pada pemilihan parti yang lepas, kini keputusan beliau untuk melepaskan jawatan tersebut juga perlu dihormati seluruh kepimpinan dan anggota Keadilan.

Sebarang tindakan lanjut berkenaan perkara ini haruslah berpandukan perencanaan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya .

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi mengakui terkejut dengan tindakan Nurul Izzah itu namun akan menyokong apa jua keputusan yang dibuat rakan seperjuangannya.


Dalam pengumuman mengenai peletakan jawatan itu hari ini, Nurul Izzah berkata kepimpinan parti telah dimaklumkan mengenainya.

Beliau turut berkata tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan atas sebarang kapasiti selain menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya dalam syarikat berkaitan kerajaan Pulau Pinang. – BERNAMA

Kategori