Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas: SPAN Arah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meminta setiap kerajaan negeri dan...

“Taat Setia Saya Adalah...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor telah memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik tanah...

Pertubuhan Hak Asasi Dakwa...

KUALA LUMPUR - Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mendakwa Kod Syariah Jenayah...

Ditahan Polis Sebelum Sempat...

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas polis berjaya menghalang dan menahan sekumpulan geng pecah...

Hormati Bulan Puasa, Fazura Mahu Jadi Insan Terbaik

BULAN Ramadan merupakan bulan mulia yang sangat dinantikan oleh ramai umat Islam dan pada ketika itu ramai umat manusia berebut-rebut melakukan kebaikan termasuklah aktres cantik Nur Fazura dengan cara memakai tudung selama sebulan.

Sebelum ini, Fazura sememangnya dilihat akan mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan kerana menghormati bulan mulia itu tetapi tahun ini selepas mendirikan rumah tangga, ada pula suara sumbang didengar oleh isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

Ada segelintir netizen dilihat kecewa sehingga mempersoalkan tindakan Fazura dan menyuruh dia kembali berhijab semula seperti pada bulan Ramadan lalu.

Bagaimanapun, Fazura menjawab dengan baik tentang isu itu dan menjelaskan bahawa niatnya untuk berhijab bukan sahaja sebagai tanda hormati tetapi bagi melatih dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Kenapa saya membuka hijab selepas Ramadan semata-mata kerana perjalanan kehidupan saya yang telah tertulis berbeza dengan anda dan wanita lain di dunia ini.

“Saya tidak mahu bercakap tentang perkara ini lagi, ia adalah rahsia antara saya dengan Allah,” tulisnya.


Bagi pelakon filem J Revolusi itu lagi, dia percaya bahawa perkara paling penting bagi seseorang untuk berubah ialah dengan niat yang ikhlas.

Malah, dia juga mahu perubahan yang berlaku atas dirinya pada masa akan datang disebabkan kemahuannya dan bukannya kerana mementingkan pandangan orang lain.

“Terima kasih atas semua doa dan saya semestinya akan mendoakan yang terbaik untuk anda juga. Semoha ibadah kita akna diterima oleh Allah S.W.T dan memabwa kita ke syurga nanti,” tulisnya lagi.

Ketika bulan Ramadan lalu, Fazura dilihat manis bertudung litup dalam semua acara yang dihadirinya dan ramai peminat memuji kecantikan  semulajadi pelakon itu.

Ramai turut mendoakan supaya satu hari nanti Fazura akan kekal berhijab bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi juga pada bulan yang lain. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori