Hoki Piala Dunia: Malaysia Seri 1-1 Dengan Pakistan

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara seri 1-1 dengan Pakistan dalam perlawanan kedua Kumpulan D Kejohanan Hoki Piala Dunia…

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara seri 1-1 dengan Pakistan dalam perlawanan kedua Kumpulan D Kejohanan Hoki Piala Dunia di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, malam ini.

Faizal Saari menyempurnakan pukulan sudut penalti keenam yang diperoleh pasukan The Speedy Tigers pada minit ke-55.

Bagaimanapun, Pakistan membuka jaringan pada minit ke-51 menerusi gol padang Muhammad Atiq selepas tiga suku pertama permainan berlangsung tanpa sebarang jaringan.

Terdahulu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, Jerman membelasah Belanda 4-1 untuk menjuarai kumpulan itu dengan enam mata sementara Malaysia di kedudukan terbawah dengan satu mata.

Anak buah Roelant Oltmans akan berhadapan pasukan di ranking keenam dunia, Jerman, Ahad ini.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam Hoki Piala Dunia di tempat keempat semasa negara menjadi tuan rumah kejohanan pada 1975. – BERNAMA

Loading...