Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JKM Salur RM3 Juta...

KEMAMAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Contohi Kegigihan Wanita Palestin...

KANGAR - Peserta misi Women's Boat To Gaza (WBTG), Dr. Fauziah Mohd Hasan...

Rela Nafi Potong Elaun...

PUTRAJAYA - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menafikan dakwaan akan memotong elaun semua anggotanya...

Syarikat Telco Kerugian RM10...

HULU TERENGGANU - Syarikat telekomunikasi (Telco) terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun...

Hishamuddin Hadir Beri Keterangan Isu Siasatan Fitnah

KUALA LUMPUR – Polis memanggil aktivis sosial, Hishamuddin Rais untuk memberi keterangan berhubung satu daripada artikel yang dimuat naik dalam laman blognya pada 18 September lalu.

Siasatan terhadapnya dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang pekerja Pelita Group yang disebut dalam artikel tersebut.

“Saya dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

“Saya hanya menjawab soalan berkaitan peribadi dan jawapan lanjut berkenaan artikel tersebut akan dijawab secara terperinci di mahkamah,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Hishamuddin hadir bersama peguamnya, Zaid Malek kira-kira pukul 2.30 petang dan selesai memberi keterangan setengah jam selepas itu.


Artikel yang dimuat naik dalam blog tukartiub.blogspot.com miliknya itu menggesa Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, jemaah Kabinet dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Daim Zainuddin untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja menyiasat Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Siasatan yang mahu dilakukan adalah berkenaan penyelewengan dan salah guna kuasa ketika Abdul Azeez menjadi Pengerusi Tabung Haji. – UTUSAN ONLINE

Kategori