Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

16 Ditahan Dipercayai Pengikut...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu sebuah premis dipercayai...

Isu Tak Tahu GST,...

Sejak dua tiga hari lalu, peminat dunia seni tanahair terutamanya pengikut program pencarian...

Tunggu Mahathir Umumkan Pakatan...

PETALING JAYA - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa...

Ramai Baca Al-Fatihah Dengan...

KUALA LUMPUR - Kelunakan bacaan ayat Al-Fatihah imam Masjid Jamek Kuala Lumpur, Mohd...

Hishammuddin Masih Setia UMNO – Najib

TEGUH… Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, memberi jaminan akan terus kekal setia bersama UMNO.

Beliau yang juga bekas presiden UMNO berkata bahawa jaminan tersebut malah diberikan sendiri oleh mantan menteri pertahanan itu dalam satu pertemuan secara peribadi dengan dirinya beberapa hari lalu.

“Soal gambar Hishammuddin bercuti dengan Azmin itu memberikan pelbagai tafsiran dan saya bertanyakan secara berterus-terang,” kata Najib semasa satu sesi bersama anggota UMNO di Shah Alam, Selangor.

Dalam sesi berkenaan, seorang anggota UMNO bertanyakan kepada mantan Najib sama ada Hishammuddin masih ‘ada hati’ lagi dengan parti setelah diambil kira tindak-tanduk bekas naib presiden UMNO itu.

Ia cetus pelbagai khabar angin yang tidak menyenangkan sebahagian besar ahli parti tersebut sejak akhir-akhir ini.

Baru-baru ini, gambar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Hishammuddin bercuti di Maghribi tersebar luas sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori