Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Konflik Palestin-Israel: Kawalan Keselamatan...

IPOH : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memperkasa dan memperkemaskan lagi...

Mia Sara Alami Jangkitan,...

BAPA kepada pelakon Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan terkilan dengan sebuah blog yang...

Mahathir Tiba Di Jepun...

TOKYO - Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini pada Isnin untuk memulakan...

Beberapa Laman Diwujudkan Di...

SUSULAN kemarahan netizen terhadap kelab dan individu yang menyebabkan tiga sekeluarga termasuk bayi...

Hishammuddin Diminta Bertanding Presiden UMNO

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini diminta mempertimbangkan untuk bertanding bagi jawatan presiden parti itu pada pemilihan akan datang.

Cadangan itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang yang menegaskan itu adalah pendapat peribadi beliau dan beberapa ketua bahagian di negeri ini.

“Kami telah pun ada kata sepakat walaupun ini pendapat peribadi kami.

“Kami minta sangat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mempertimbangkan supaya bertanding bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang,” katanya.

Maulizan ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang dipengerusikan oleh ketuanya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Maulizan yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram berkata gandingan pemimpin baharu seperti Hishammuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diyakini akan mengembalikan sokongan golongan muda kepada parti berkenaan.


“Hari ini kita harus terima hakikat bahawa kepimpinan parti tidak boleh dilihat hanya dalam bentuk sokongan dalaman parti tetapi kita perlu ambil kira sokongan masyarakat secara keseluruhan.

“….terutamanya golongan orang muda yang mengharapkan UMNO pulih semula dan ramai di peringkat akar umbi mengharapkan UMNO pulih semula dengan kepimpinan yang baharu.” – BERNAMA

Kategori