Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jong-un Pelawa Donald Trump...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mempelawa Presiden Donald Trump mengunjungi Pyongyang...

‘Pocket Rocketman’ Raih Gangsa...

JAKARTA – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal menambah koleksi pingat...

Melaka Pulih 11 Projek...

MELAKA - Kerajaan Melaka kini dalam usaha memulihkan 11 projek pelancongan terbengkalai di...

Pemuda Gerakan Dakwa Mohd...

KUALA LUMPUR - Pemuda Gerakan mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan...

Hishammuddin Bakal Setiausaha Agung BN?

KUALA LUMPUR – Khabar angin Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussien bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) masih belum dibincangkan parti tersebut.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan isu tersebut namun beliau tidak memaklumkan tarikhnya.

“Kita belum ada Mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

“Insya-ALLAH akan tiba masanya untuk mesyuarat itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ogos lepas, wujud khabar angin mengatakan Hishammuddin akan memegang jawatan Setiausaha Agung BN yang baharu.

Ketika ini, jawatan Setiausaha Agung BN digalas oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut laporan sebuah portal berita, MIC dan MCA dikatakan telah bersetuju dengan cadangan supaya jawatan Setiausaha Agung BN diberikan kepada Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid memaklumkan BN akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.


“Kita ikut jadual yang ditentukan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan kita juga akan mengadakan mesyuarat rasmi dengan semua presiden-presiden parti komponen BN.

“Kita telah meletakkan tarikh dan kita akan beritahu bila tarikh berkenaan.

“(Bila tarikhnya?) Dalam waktu paling terdekat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan mengenai calon PRK Parlimen Tanjung Piai akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau berharap ia dapat diumumkan dalam tempoh seminggu sebelum Hari Penamaan Calon.

Bahkan, beliau juga tidak menolak kemungkinan calon diumumkan hanya selepas Pakatan Harapan (PH) mengumumkan calon mereka. – Sinar Harian

Kategori