Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kesemua Mayat Penumpang Pesawat...

KATHMANDU: Semua 22 mayat termasuk 19 penumpang dan tiga anak kapal pesawat milik...

‘Tak Malu Ke Ambil...

TIDAK dinafikan, dalam kalangan masyarakat kita ada yang gemar mengambil sesuatu seperti krimer kopi,...

Tiada PKPD Di Selayang...

MENTERI Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan Perintah Kawalan Pergerakan...

Najib Digugur Daripada Senarai...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan dipanggil memberi keterangan...

Hina Tentera Sama Seperti Hina YDP Agong – CUEPACS

KUALA LUMPUR – Kenyataan Koon Yew Yin bukan sahaja mengguris perasaan anggota tentera, malah turut menghina Yang di-Pertuan Agong selaku ketua turus Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda menegaskan, ahli perniagaan itu juga perlu memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kedudukan ATM yang dinaungi baginda berada dalam kategori teratas sebagai penjawat awam.

Tegas beliau, Koon Yew telah membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab, selain tidak menyanjungi pengorbanan anggota tentera yang menyabung nyawa menjaga keselamatan negara.

“Mengikut Perkara 132 Perlembagaan Negara, ATM juga perkhidmatan awam yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong sebagai turus tentera.

“Walaupun Koon Yew telah menarik balik penghinaan dan meminta maaf kepada anggota tentera, tetapi beliau tidak memohon maaf kepada keseluruhan penjawat awam lain, yang dia kata patut dibuang.

“Dia tidak sepatutnya memainkan isu ini berterusan,” katanya pada sidang media khas di Wisma CUEPACS di sini, hari ini.

Semalam Koon Yew meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa anggota tentera tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya makan dan tidur.

Menurutnya, dia meminta maaf terutama kepada anggota tentera yang tersinggung dengan kenyataannya itu.

“Saya meminta maaf jika saya menyinggung perasaan anggota pasukan keselamatan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Utusan Online.

Beliau menjelaskan, enam cadangan yang dikemukakannya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam sangat bagus.


Menurut Azih, mana-mana individu yang tinggal di negara ini dan seronok membuat kekayaan harus menyanjung pengorbanan tentera dan seluruh penjawat awam kerana tugasan mereka berhubung kait dengan keamanan.

Katanya, sebagai penjawat awam, kerja dan amanah mereka adalah kepada kerajaan serta rakyat.

“Kita kena sanjung pengorbanan tentera yang mempertahankan negara kerana pengorbanan ini yang akhirnya ahli perniagaan boleh berniaga dengan aman sehingga perniagaannya maju.

“Cuepacs memberi amaran kepada Koon Yew, jangan sentuh lagi isu penjawat awam, atau apa matlamatnya berbuat demikian?” soal beliau.

Beliau turut menggesa rakyat agar memasukkan nama Koon Yew Yin dalam rekod peribadi masing-masing bahawa ahli perniagaan itu pernah menghina penjawat awam termasuk anggota tentera.

“Jadikan nama itu sebagai rujukan pada masa akan datang. Anggota tentera berjuang sampai ketitisan darah terakhir pun tidak dikenang,” tegas beliau.

Azih juga menyatakan, kenyataan Koon Yew itu sangat pedas, panas dan menyentuh perasaan seluruh penjawat awam. – MalaysiaGazette

Kategori