Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mangsa Rebah Disahkan Warga...

JOHOR BAHRU - Seorang penunggang motosikal yang meninggal dunia di atas motosikalnya kelmarin dipercayai...

Lebuh Raya PLUS, SMART...

KUALA LUMPUR - Tiga syarikat lebuh raya menawarkan rebat dan diskaun tol kepada...

TRUSTED Custom Essay Paper...

TRUSTED Custom Essay Paper Writing Service OnlineLots of highschool aging adults goal about...

Kenapa PN Dan PH...

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak.Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada...

Hina Sultan Perak: Pelajar Diminta Baca Rukun Negara

IPOH – Seorang pelajar tingkatan enam diminta membaca Rukun Negara sebelum didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ia sebagai pengajaran kerana didapati menghina Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menerusi laman sosial, pada Jumaat lepas.

Majistret Siti Hafiza Jaafar mengarahkan tertuduh membaca Rukun Negara dengan menekankan prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan kerana menganggap ia sesuatu yang penting untuk diamalkan.

“Kamu faham tak apa itu maksud tatasusila? Tatasusila ini membentuk perbuatan atau tingkah laku yang ampuh, jadi tatasusila ini perlu dijaga, jangan mengutuk, mengeluarkan kenyataan angkuh dan menghina.

“Kesalahan (hina Sultan) ini boleh dipenjarakan tetapi kamu masih bersekolah, namun sebagai pengajaran untuk kamu dan masyarakat di luar sana, satu bentuk hukuman setimpal perlu diberikan,” kata Siti Hafiza sebelum menjatuhkan hukuman.

Pelajar berumur 19 tahun yang akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bulan depan itu mengaku bersalah menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter untuk menghantar komen yang jelek sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bandar Baru Medan Ipoh, pada 10.30 malam, 13 Oktober lepas.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (AKTA 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Remaja itu boleh dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Awatif Ahmad Bashir yang mewakili tertuduh memohon mahkamah agar tidak mengenakan denda tinggi memandangkan remaja itu menyesali serta memohon maaf atas perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak menggunakan laman sosial sewenang-wenangnya. – BERNAMA

Kategori