Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video Usung Jenazah, Alif...

AGAK lama kita tidak mendengar khabar berita pelakon dan pengacara terkenal ini tetapi...

Sabah Bakal Jadi Pengeluar...

KOTA KINABALU - Sabah bakal menjadi pengeluar utama bagi pelbagai jenis tanaman pisang...

Kelantan Setuju Jawatan MB...

KOTA BHARU - Kelantan bersetuju dengan saranan kerajaan persekutuan untuk mengehadkan jawatan menteri...

Kerajaan Bersedia Kemungkinan Selepas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan, yang menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) yang tidak pernah berlaku...

Kes Hina Agong: Kerajaan PH Lemah, Tidak Cekap

TIADA keperluan untuk kerajaan menggubal undang-undang baharu bagi melindungi institusi diraja daripada dicerca kerana akta sedia ada sudah mencukupi.

Bekas penasihat sosio budaya kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Akta Hasutan 1948 dan Perlembagaan Persekutuan mengandungi pelbagai seksyen, perkara dan fasal bagi melindungi institusi diraja negara ini.

Katanya, mengikut Seksyen 3 dan Seksyen 4 akta itu menjadi kesalahan jika institusi diraja, sultan dan Yang di-Pertuan Agong dicerca oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Bagi Perkara 181, 38, 32 dan 42 Perlembagaan Persekutuan, institusi diraja sudah diperkasa. Masalah berlaku ketika ini adalah kerajaan lemah dan tidak tegas dalam penguatkuasaan jika raja dicerca, tidak seperti di Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong di Putrajaya, hari ini bahawa kerajaan akan menggubal undang-undang baharu bagi melindungi kesucian institusi diraja selain meneliti semula hukuman sedia ada yang disifatkan terlalu ringan.

Rais berkata, undang-undang baharu ini timbul apabila ada isu yang membabitkan cercaan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebelum ada pihak yang mahu menjadi wira.


“Persoalan saya adalah kita sangat lemah dan tidak cekap menggunakan penguatkuasaan hingga mudah diperlekehkan pihak tertentu.

“Saya berpendapat undang-undang baharu tidak perlu dan buktikan dulu kita cekap melaksanakan undang-undang sedia ada jika memperkecilkan Yang di-Pertuan Agong.

“Kenapa tiba-tiba nak gubal undang-undang baharu sedangkan kerajaan sekarang sudah ada 987 undang-undang utama negara,” katanya kepada pemberita selepas bertemu Persatuan Minang Negeri Sembilan di Rahang, di Seremban, hari ini. – myMetro Online

Kategori