Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Che Ta ‘Beraya’ Di...

ALAHAI, bertuahnya bergelar insan bernama Rozita Che Wan ini atau lebih mesra dipanggil...

Singapura Haram Filem Palestin...

KONFLIK Israel-Palestin akibat pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai...

Video: Tak Padan Gemuk...

Aksi superman atau baring atas motor sambil menunggang atas jalanraya merupakan antara kegemaran...

Edar Kanabis, Penghantar Makanan...

JOHOR BAHRU: Seorang penghantar makanan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Himpunan 355 Bukti Sokongan Umat Islam

KUALA LUMPUR – Bilangan peserta Himpunan 355 yang ramai di ibu negara semalam membuktikan sokongan kuat umat Islam ke atas cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Nuridah Mohd. Salleh berkata, umat Islam negara ini mahu agama mereka ‘dinobatkan’ di Malaysia supaya negara ini diberkati Allah S.W.T.

“Mereka menunjukkan sokongan padu, menyokong usaha murni ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran himpunan ini.

“Kehadiran kalian membanjiri Kuala Lumpur dengan gelombang ungu membawa isyarat jelas bahawa anda rakyat yang cakna terhadap agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Usaha untuk meminda Akta 355 dikecam Pakatan Rakyat yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).


Pakatan Harapan mendakwa usul yang dibentangkan oleh PAS itu merupakan strategi halus untuk melaksanakan hudud yang menindas, zalim, kuno dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Berikutan itu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan mengadakan ceramah di seluruh negara meminta rakyat menolak pindaan Akta 355. – MYNEWSHUB.CC

Kategori