Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Beriani Daging Kambing Special

Bahan-bahan:1 kg daging kambing 4 s/b rempah beriani (bancuh dgn sedikit air) 1 cawan yogurt 3...

Saham DRB Hicom Jatuh...

KUALA LUMPUR – Saham DRB-Hicom Bhd diniagakan rendah pagi ini selepas anak syarikatnya...

Sabah Mempunyai KM Hebat...

KENINGAU – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Awas! Jangan Buat Panggilan...

PENGGUNA telefon bimbit dinasihati tidak membuat panggilan balas (return call) ke nombor yang...

Hijrah Tok Pa Perlu Dihormati – KJ

KUALA LUMPUR – Percaturan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk berhijrah ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disifatkan sebagai keputusan peribadi dan perlu dihormati.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, ketika menyuarakan pendirian itu mengakui sangat menghormati bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkenaan.

“Itu keputusan peribadi Tok Pa (Mustapa) untuk berhijrah ke parti baharu. Saya sudah lama bersama dengannya dan menghormati beliau sebagai seorang pemimpin.

“Jadi, saya terimalah dan hormat keputusan dibuat Tok Pa untuk pergi ke parti baharu (BERSATU),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Belia (YEF) 2018, di sini, hari ini.

Khairy pada 18 September lalu menyuarakan rasa tidak puas hati susulan pengumuman Mustapa yang mesra disapa Tok Pa untuk keluar daripada UMNO dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, selain ‘meletakkan’ punca tindakan itu angkara tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalin kerjasama dengan PAS.


Mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Datuk Kadir Jasin bahawa kira-kira 40 ahli Parlimen UMNO akan keluar parti untuk menyertai BERSATU, Khairy berkata:

“Setahu saya tiada. Saya pun tidak tahu mana angka 40 itu datang. Mungkin saya tidak terbabit atau dijemput (sertai BERSATU).” – BH ONLINE

Kategori