Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Langkah FAM Minta SPRM...

KOTA BHARU - Langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Tak Lagi Relevan, Miss...

Setelah beberapa dekat berlangsung, pertandingan ratu cantik Miss World akhirnya menggugurkan pusingan swimsuit atau berbikini...

Kementerian Siasat Jika Ada...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan menyiasat sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi...

GAMBAR : Maut Sebab...

MAYAT seorang lelaki terbaring dan dikatakan sudah meninggal dunia tersebar di laman Facebook...

Hijab Wanita Logo UMNO Laris Dijual Di PAU 2017

MERIAH… Ternyata setiap tahun peniaga pasti tidak sabar menanti peluang buka gerai ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Sambutan menggalakkan daripada pengunjung secara tidak langsung membuka pintu rezeki terutamanya bagi mereka yang sedang mempromosikan produk baharu.

Antaranya Her Majesty, gerai jualan yang dibuka di aras empat PWTC ini dilihat tampil dengan daya tarikan berbeza sepanjang berlangsungnya PAU pada kali ini.

Her Majesty telah menampilkan hijab berlogo UMNO untuk menarik perhatian pengunjung serta juga minat para perwakilan khususnya sayap Wanita dan ahli Puteri.

Pengusaha, Noridah Udin Niah berkata ini merupakan percubaan pertama beliau dalam mengenegahkan konsep hijab berlogokan parti Melayu terbesar berkenaan.

Katanya, usaha tersebut ternyata membuahkan hasil yang baik di mana ia memberi pulangan lumayan kepada produk beliau sendiri.

“Saya tidak menyangka bahawa kami dapat menjual hijab yang berharga RM129 itu dengan cepat.

“Hanya tinggal 250 helai hijab sahaja selepas membawa 500 helai untuk dijual di gerai jualan aras empat PWTC,” kata Noridah.


Sementara itu, hijab yang menggunakan material kain Matte Satin itu mengetengahkan dua warna iaitu merah mewakili wanita UMNO manakala merah jambu pula ahli puteri.

Penggunaan material tersebut yang mudah dibentuk dan digosok telah menjadi tarikan utama pembeli dan pengunjung di PWTC. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori