Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Padan Muka! Lelaki...

ADA yang menggelarnya karma tapi dalam erti kata mudah, ianya adalah perbuatan jahat...

Jemaah Haji Malaysia Bergerak...

MAKKAH - Pengiraan detik sejak berada di Tanah Suci bagi kebanyakan jemaah haji...

Saintis China Bincang Senjatakan...

Saintis China Bincang Mensenjatakan Koronavirus Sejak 2015

Senarai Calon BN Pahang...

BENTONG - Barisan Nasional (BN) Pahang telah menyerahkan senarai calonnya untuk pilihan raya...

Hetty Sarlene Sah Isteri Jejaka Dari London

NAMPAKNYA bukan sahaja pengacara televisyen, Dahlia Shazwan, 28, yang sah bergelar isteri kepada Shafiq Ismet, 26, pagi tadi.

Malah, pelakon dan penyanyi yang melonjak naik menerusi drama Sembilu Kasih suatu ketika dahulu iaitu Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, turut memilih hari ini untuk menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan yang berasal dari London.

Hetty Sarlene sah menjadi isteri Aaqil, 32, pada tengah hari tadi di Royal Palm @ Clarke Quay, Singapura. Pasangan mempelai ini tampil cantik mengenakan pakaian sedondon berona putih.

Majlis akad nikah pasangan ini disempurnakan oleh kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan.

Hetty Sarlene Sah Isteri Jejaka Dari London

Pada majlis yang penuh kegembiraan itu Dani Aaqil atau nama betulnya Daniel Oakes, menyerahkan mas kahwin bernilai 100 dolar Singapura (RM300) berserta lima dulang hantaran dan berbalas lima dari pihak perempuan.

Manakala anggaran jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak 10,000 pound sterling (RM53,500).

Majlis pernikahan itu berlangsung hanya dihadiri oleh kenalan rapat dan kaum keluarga dari kedua-dua belah mempelai.


“Kami hanya menjemput ahli keluarga, rakan rapat dan wakil media kerana kami inginkan majlis yang intim,” kata Hetty Sarlene yang mengenali suaminya sejak dua tahun lalu.

Pasangan merpati dua sejoli ini telah memilih konsep taman dan bunga bagi memeriahkan lagi majlis akad nikah tersebut. Difahamkan, majlis resepsi juga akan diadakan di tempat yang sama.

Turut memeriahkan majlis itu ialah pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki dijangka diadakan di London pada akhir tahun ini. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: BHonline

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori