Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Oh Tidak…Myvi Baru...

SATU rakaman video berdurasi 45 saat memaparkan sebuah Produa Myvi diseret sejauh kira-kira...

Gaji KM, 10 Exco...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini memutuskan gaji ketua menteri dan...

PBB Gesa Pemerintah, Jeneral...

GENEVA - Tentera Myanmar yang membunuh dan merogol etnik Islam Rohingya dengan ‘niat...

Elaun Kos Sara Hidup...

BUTTERWORTH – Kementerian Pendidikan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan...

Henti Tular Video Ayam Berulat Restoran Nasi Vanggey

IPOH – Pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey meminta orang ramai agar memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kononnya ayam masak merah di restoran berkenaan berulat.

Pengurusnya, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik, 28, berkata, apa yang dipaparkan di media sosial itu tidak benar sebaliknya sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan merosakkan reputasi perniagaan.

Malah katanya, pihaknya juga telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam kelmarin, bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap pihak tersebut.

“Saya minta semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu. Dakwaan itu (ayam berulat) adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

“Tujuan saya mengadakan sidang akhbar hari ini pun untuk menjelaskan hal sebenar agar pelanggan tidak salah faham sekali gus membersihkan nama kedai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Terdahulu, satu video berdurasi 20 saat tular di media sosial termasuk di Facebook sejak Jumaat lalu yang memaparkan ayam masak merah yang dimakan seorang pelanggan di sebuah restoran cawangan itu di Silibin berulat. – UTUSAN ONLINE

Kategori