Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Imigresen Ambil Alih Seliaan...

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen dijangka mengambil alih penyeliaan semua pusat tahanan sementara...

Jangan Guna Tandas Kami,...

KUALA LUMPUR - Jangan guna tandas kami, jangan rampas hak kami! Itu permintaan orang...

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā Banyak Staf Nak...

Kadar peletakan jawatan di Syarikat Penerbangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang kurang daripada...

‘Pop-Up Shop’ PETA Didik...

PERTUBUHANƃā€šĆ‚Ā Hak Asasi Haiwan (PETA) Australia baru-baru ini telah bekerjasama dengan syarikat pengiklanan Ogilvy...

Henti Kaitkan PPBM Dengan Pemilihan PKR

ALOR SETARĀ – Sambil menzahirkan rasa kecewa, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut berharap supaya kalangan ahli mahu pun kepemimpinan PKR berhenti daripada membangkitkan perkara bukan-bukan yang mengaitkan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan (PH), menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Menurutnya, tindakan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar ketika soal peralihan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah dipersetujui sejak dari awal pembentukan PH.

ā€œKami (PPBM) tiada kaitan langsung dengan pemilihan dalaman PKR. Jadi saya kecewalah apabila mereka bangkitkan perkara tak sepatutnya.

ā€œBagi kami peralihan kuasa itu telah termaktub sebagai sesuatu yang telah diterima pakai oleh semua pihak. Jadi kenapa perlu ungkit perkara yang tiada bukti semata-mata bagi membakar semangat untuk meraih undi kepada tokoh tertentu?ā€ soalnya ketika ditemui pemberita selepas selesai sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelah pagi di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Baru-baru ini Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr. Idris Ahmad mendakwa Mahathir dan Tun Daim Zainuddin selaku Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan cuba memperalatkan pemimpin tertentu dalam PKR sebagai boneka.

Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid pula yang dikatakan berada dalam kem sama dengan Idris bagi memenangkan Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden mendakwa, Daim menjadi dalang dalam usaha menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir.

Mukhriz dalam pada itu turut mempersoalkan adakah tindakan kalangan jurukempen itu bertujuan untuk menidakkan keyakinan rakyat kepada pihaknya.


ā€œKita tahu sejarah Mahathir dan Anwar memang bergolak. Tetapi apabila kita bersatu, maka kita telah memenangi hati rakyat dan akibat dari itu, rakyat memberi mandat untuk kita tubuhkan kerajaan.

ā€œAdakah kini kita hendak menidakkan keyakinan rakyat kepada kami? Ini tak sewajarnya berlaku dan tak bolehlah lepas menang, nak timbulkan pula perkara bukan-bukan,ā€ ujarnya.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan harapan supaya kalangan ahli dan kepemimpinan Bersatu tidak mencontohi perbuatan segelintir ahli dan kepemimpinan PKR tersebut menjelang pemilihan partinya yang juga akan diadakan tahun ini.

ā€œSaya nak nasihat pun, ini parti orang dan bukannya parti sendiri. Ini soal rumah tangga mereka sendiri, bukan soal kami.

ā€œTetapi adakah mereka bermaksud jika tokoh selain yang mereka sokong itu menang, maka peralihan kuasa seperti yang dipersetujui sebelum ini akan dibatalkan? Saya tak fikir begitu kerana perkara ini tiada kaitan dengan pemilihan parti,ā€ katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori