Henry Golding Tersenarai Dalam TIME 100 Next

KUALA LUMPUR – Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Henry Golding terus mencipta kejayaan sendiri dan tersenarai dalam senarai bintang meningkat naik, TIME 100 Next.

“Gembira menjadi sebahagian daripada @time Next 100 dengan insan yang benar-benar istimewa. Terima kasih momma @michelleyeoh_official untuk petikan itu,” kata Golding dalam Instagramnya.

Pelakon utama filem “Crazy Rich Asians” disenaraikan dengan selebriti antarabangsa seperti Camila Cabello, Billie Eilish, Liza Koshy, Jason Reynolds, Ezra Miller dan Ryan O’Connell.

Pada laman sesawang rasmi TIME, pelakon wanita Hollywood dari Malaysia, Michelle Yeoh juga meletakkan pandangannya terhadap Golding dengan menggambarkan beliau adalah seorang yang tidak melupakan asal usulnya.

“Bangsanya, latar belakang dan kejayaan beliau menggambarkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan – bahawa kami semua adalah satu bangsa, satu budaya sejagat dan kami semua tidak lagi perlu bercakap mengenai kontroversi yang mengelilingi soal perwakilan.

“Saya bangga usahanya untuk mewakili Asia,” kata Yeoh yang juga membintangi filem Last Christmas bersama Golding.

Golding, juga seorang peragawan dan penyampai membuat penampilan pertamanya sebagai seorang hos BBC The Travel Show dalam 2014.

Beliau kemudian menjadi popular dalam filem pertamanya Crazy Rich Asians dalam 2018 yang juga dibintangi Anna Kendrick selain Black Lively dalam filem thriller A Simple Favour dalam tahun yang sama.

Senarai yang dilancarkan pada 13 November mengetengahkan 100 bintang meningkat naik di seluruh dunia yang membentuk masa hadapan perniagaan, sukan, politik, sains dan kesihatan.

Loading...