Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM: 94,956 Peneroka Felda...

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif...

Penduduk Gempar Bayi Lelaki...

PENDUDUK kampung Kadamgachi di daerah Kathihar, India gempar dengan kelahiran seorang bayi lelaki...

Nishikori Juara Perseorangan Tenis...

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka, pemain nombor lapan dunia Kei Nishikori menjuarai acara...

Penyanyi Terkejut Lelaki Bogel...

BINTANG pop Belanda, Maan de Steenwinkel, 20, menangis ketakutan selepas dua penyampai Radio...

Hello Kitty Bakal Buat Penampilan Di Hollywood

TOKYO – Ikon comel berwajah bulat popular Jepun, Hello Kitty, akan membuat penampilan dalam filem Hollywood buat kali pertama tidak lama lagi dalam sejarah 45 tahun usianya, kata pencipta watak itu hari ini.

Pencipta karektor kucing itu, Sanrio, mengumumkan ia bekerjasama dengan New Line Cinema dan FlynnPictureCo untuk filem berkenaan selepas hampir lima tahun berbincang mengenai hak untuk ke layar perak.

“Pencarian penulis dan bakat kreatif akan dimulakan segera,” kata Sanrio dalam kenyataan.

Karektor yang bermulut itu, dengan ikatan rambut seperti kanak-kanak dan cuma setinggi lima biji epal yang disusun meninggi, menghasilkan industri bernilai berbilion dolar sejak Sanrio memperkenalkan ia pada 1974.

Menyedari kemungkinan masalah tunai Hello Kitty, syarikat berkenaan mengeluarkan barangan setahun selepas itu dan karektor itu kini menguasai segala-galanya daripada bekas pensil, pijama kepada bas dua tingkat dan syarikat penerbangan.


Tahun lalu, firma kereta api Jepun mempamerkan imej Hello Kitty di kereta api laju, yang dicat berwarna merah jambu terang dan putih.

Hello Kitty kini boleh didapati di 30 negara pada lebih 50,000 barangan setiap tahun, menurut Sanrio. — Agensi

Kategori