Helikopter TLDM Mendarat Cemas

LUMUT – Sebuah helikopter jenis Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Pangkalan TLDM Lumut di sini pada Isnin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam12 tengah hari itu dipercayai melibatkan empat anggotanya.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut dalam kenyataan memaklumkan helikopter itu sedang melakukan penerbangan operasi.

“Kesemua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” katanya.

Menurutnya, satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian. – Sinar Harian