Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sharnaaz Nikah Kakak Neelofa...

PELAKON dan pengarah, Sharnaaz Ahmad bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kakak Neelofa, Noor Nabila...

Peserta Maraton Koma Meninggal...

SHAH ALAM - Selepas koma hampir tiga bulan akibat dilanggar kereta ketika menyertai...

5 Projek Bernilai RM1.315...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan...

Insiden Low Yat: Ali...

PRESIDEN Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai 'Ali...

Helikopter Pantau Aliran Jemaah Haji

PANTAU… Pihak berkuasa bagi keselamatan dan kawalan kesesakan jemaah haji pada musim ibadah haji tahun ini akan menggunakan khidmat helikopter Tentera Udara Arab Saudi (SAAF).

Ini bagi pemantauan pergerakan anggaran tiga juta jemaah haji dari udara, kata Pengarah Pasukan Khas Jeddah, Bandar Al-Akur kepada 11 editor dari negara Islam yang dijemput buat liputan musim haji tahun ini

Beliau berkata hasil pemantauan udara akan disalurkan kepada Pusat Kawalan Tetap Bagi Keselamatan Awam di Mina yang melakukan pemantauan menerusi ribuan Kamera Litar Tertutup (CCTV).

Ia dipasang sekitar Mina dan Arafah serta di ketiga-tiga tempat melontar di Jamraat selain di stesen kereta api Metro. “Sehubungan itu kita akan guna helikopter pelbagai misi Sikorsky bagi memantau keadaan,” katanya.

Kesemua 11 orang pengamal media dari Pakistan, Malaysia, Senegal, Turki, Sudan dan Indonesia itu diberi peluang keemasan bagi merasai sendiri tugas pemantauan udara dengan menaiki pesawat Sikorsky.


Helikopter itu dipimpin oleh Ketua Operasi Pengawasan Udara Kolonel Ibrahim Enani. Tanpa dedah maklumat terperinci, beliau berkata pemantauan dilakukan setiap hari oleh lebih 20 Sikorsky yang berada di pangkalan udara.

Perjalanan satu setengah jam itu bermula dari Pangkalan Udara SAAF di Jeddah, dan terbang melalui pelabuhan Jeddah, Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.

Juga kawasan perkhemahan Mina, padang Arafah, jambatan bagi lontar di ketiga-tiga Jamarat, bukit Jabal Rahmah dan kemudian mendarat di kawasan lapang berhampiran Pusat Kawalan Keselamatan Awam di Mina. – Bernama

Kategori