Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MEF Hanya Setuju 3...

SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) hanya bersetuju pemberian cuti bersalin (paternity...

Kongsi Gembira Dapat Anak,...

SEORANG lelaki berkongsikan sekeping gambar memaparkan isteri dan bayi mereka yang baru dilahirkan dengan...

Sinar Baharu Buat 5...

TATAU - Keputusan kerajaan negeri memberi kelulusan segera baru-baru ini untuk memindahkan lima...

Bandar Raya Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah,...

Helikopter Mendarat Cemas Di SK Tanjung Agas, PD

PORT DICKSON – Sebuah helikopter persendirian melakukan pendaratan cemas di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Agas, Port Dickson kira-kira 3.05 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Zainuddin Ahmad berkata pendaratan cemas terpaksa dilakukan apabila cermin hadapan pesawat itu pecah dipercayai selepas melanggar seekor burung.

“Seramai enam orang berada di dalam pesawat itu termasuk juruterbang dan seorang wanita. Cermin yang pecah merupakan cermin hadapan di bahagian juruterbang dan kejadian itu mengakibatkan juruterbang cedera ringan manakala lima lagi penumpang pesawat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya dimaklumkan juruterbang telah dirawat di klinik berhampiran. Sehingga kini, helikopter berkenaan masih berada di perkarangan sekolah untuk siasatan lanjut Jabatan Penerbangan Awam dan syarikat (yang memiliki) pesawat itu,” katanya.

Beliau berkata helikopter ini dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.


Sementara itu, dalam tinjauan Bernama mendapati sehingga pukul 9 malam ini, helikopter terbabit masih berada di lokasi sementara menunggu Jabatan Penerbangan Awam menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Lokasi helikopter berkenaan turut dikawal pihak polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori