Hebat! Berita Cabaran Sultan Johor Sampai Ke Arab Saudi

ALKISAH cabaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu bertarung dengan skuad polo negara Sukan SEA bukan sahaja menarik perhatian ramai netizen tanah air semata.

Baca: “Kalau Anak Jantan, Lawan Pasukan Johor” – Tuanku

Malah berita cabaran tersebut turut disiarkan oleh sebuah akhbar ternama Arab Saudi, Arab News dalam keluarannya pada hari ini dan juga menerusi laporan talian sejak semalam.

Artikel bertajuk ‘Saddle up: Sultan challenges Malaysia’s SEA Games polo team’, akhbar itu memetik kenyataan media di Malaysia berhubung cabaran Sultan Johor yang tidak berpuas hati dengan prestasi luar biasa skuad polo negara itu dalam temasya baru-baru ini.

Akhbar tersebut melaporkan cabaran itu bermula daripada rasa kurang berpuas hati Sultan Johor dengan persembahan skuad Malaysia dan disusuli oleh kejayaan luar biasa yang digapai pasukan berkenaan dalam acara berkenaan baru-baru ini.

Untuk rekod, Arab News merupakan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang begitu berpengaruh di Arab Saudi dan berpangkalan di Jeddah.

Ia dijual di beberapa negara jiran sekitarnya malahan dijadikan sumber rujukan utama masyarakat antarabangsa untuk tahu berita Arab Saudi selain menyebarkan dasar-dasar kerajaan negara itu.

Secara tidak langsung, setiap berita yang disiarkan oleh akhbar berkenaan mencerminkan pendirian sebenar kerajaan Arab Saudi yang begitu peka terhadap isu semasa di seluruh dunia.

Bayangkanlah betapa hebatnya cabaran Sultan Johor itu sehingga mampu sampai kepada pengetahuan Arab Saudi sendiri yang ketika ini sibuk menerima jutaan jemaah haji dari seluruh dunia.

Namun, sehingga kini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dengan sapaan KJ dilihat tidak memberi apa-apa respon berikutan perkara tersebut.

Bagaimanapun, semalam beliau dikatakan telah menghadap Sultan Johor dan bertemu dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim berbincang pelbagai perkara.

Juga: Isu Cabar Lawan Polo : KJ Menghadap Sultan Johor

Tetapi, mereka tidak menyatakan pula secara terperinci adakah perbincangan itu berkait rapat dengan cabaran tersebut atau mungkin perkara lain. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Loading...