Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Culik Wanita Kerana Rimas...

CHINA – Selepas diasak oleh ibu bapanya kerana masih belum berkahwin, seorang lelaki...

Sekumpulan Murid 9 Tahun...

NEW YORK - Sekumpulan murid berusia sembilan tahun didakwa merancang membunuh guru mereka dengan...

Fathia Belum Lagi Layak...

SIAPA tidak kenal dengan pengacara popular, Azwan Ali yang sememangnya tidak pernah sunyi...

MH370: Anak Masih Percaya...

KUALA LANGAT - "Setahun sudah berlalu sejak Penerbangan MH370 hilang, tetapi saya masih...

Hazama Redha Belum Sampai Masa Timang Cahaya Mata

SETIAP pasangan suami isteri pasti menginginkan cahaya mata bagi melengkapi institusi kekeluargaan yang dibina dan begitu jugalah yang diharapkan oleh penyanyi, Hazama.

Pun begitu, rezeki Hazama untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila isterinya yang juga pemuzik, Genervie Kam mengalami keguguran pada Mac lalu.

Namun, Hazama akui reda dengan ketentuan Allah dan menganggap menganggap belum ada rezeki baginya untuk menimang cahaya mata.

“Apabila melihat orang lain yang kahwin lambat daripada saya, tetapi sudah ada anak, saya akui agak cemburu. Saya selalu bertanya pada diri bila pula giliran saya. Saya gembira untuk mereka. Mungkin belum rezeki saya dan isteri.

“Memang sedih, tapi saya sudah dimaklumkan mengenai keadaan isteri apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkinan untuk gugur semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus.

“Ada hikmahnya juga perkara ini kerana saya jadi faham masalah wanita. Apatah lagi perkara sebegini sangat penting. Pada masa sama, saya tak nak berikan tekanan kepada isteri. Saya faham, dia paling terasa, apatah lagi sudah berusia 38 tahun. Dia memang inginkan anak,” katanya dipetik Harian Metro.

Ujarnya lagi, Hazama juga beranggapan apa yang berlaku sebagai sebuah ketentuan yang telah ditetapkan dan juga ujian daripada Allah yang mana sekaligus mengubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik.


“Bagi menjaga dan menyenangkan hati isteri, saya selalu cakap Allah sengaja tidak berikan anak lagi kerana inginkan kita ada kualiti masa bersama sebagai suami isteri.

“Memang ada cara lain untuk dapatkan anak seperti teknik in vitro fertilisation (IVF), tetapi saya tak nak ke arah itu dulu. Kalau boleh nak cuba cara normal juga. Lagi satu, saya beranggapan sudah tiba masanya kena betulkan diri dulu. Mungkin baru ada rezeki,” ujar Hazama.

Meskipun belum dikurniakan cahaya mata, Hazama memberitahu memberitahu dia bersyukur kerana ‘dihadiahkan’ keluarga yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada dirinya dan isteri.

Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017 selepas empat tahun menyulam cinta. – MYNEWSHUB.CC

Kategori