Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KDN Siasat Dakwaan MYEG...

CYBERJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat dakwaan bahawa syarikat MYEG Services...

Daging Kerbau RM4.3 Juta...

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 335 tan daging...

Persatuan Bugis Indonesia Tuntut...

JAKARTA- Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meminta...

Kempen Solidariti 2022-2023 Bebaskan...

PETALING JAYA : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) semalam bersama beberapa pertubuhan...

Hazama Akui Sering Dianggap Pencukup ‘Kuota’

SETIAP kali bertanding di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi, Hazama tidak pernah dianggap sebagai peserta pilihan.

Perkara tersebut diakui Hazama sendiri sambil menyifatkan AJL merupakan medan untuk mengangkat lagu berkualiti dan bukanlah gelanggang untuk penyanyi kegemaran ramai.

“Jujurnya, saya jarang dianggap sebagai calon kegemaran. Tetapi, saya yakin disebabkan lagu dan lirik yang bagus, membuatkan penyanyi yang membawakan karya terbabit mara ke final,” katanya.

Jelas Hazama atau Hazama Ahmad Azmi, 33, biarpun sering dianggap sebagai penyanyi tempelan, dia tetap berusaha keras seperti biasa demi lagu yang dibawa serta dalam masa sama mengecapi peluang terlibat di pentas AJL.

“Andai kata kononnya saya dipilih ke AJL sekadar memenuhi ruang, ia tidak mengapa. Saya tetap akan memberikan persembahan terbaik,” katanya yang akan membawakan lagu ciptaan M Nasir dan Ad Samad, Aku Yang Sebenar dalam pentas mega tersebut Ahad ini.

Selain Aku Yang Sebenar dendangan Hazama, 11 lagu lain akan turut berentap pada AJL yang sudah masuk tahun yang ke-32.

Antara artis lain yang akan bertanding pada pentas tersebut Ahad ini adalah Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita, Syamel, Haqiem Rusli dan juara tahun lalu, Dayang Nurfaizah.

Mengulas mengenai penguasaan artis baharu dalam edisi kali ini, Hazama tidak terkesan mahupun tertekan dengan keadaan tersebut sambil menganggap dirinya masih relevan walaupun dengan kehadiran mereka.


“Saya anggap diri ini masih relevan kerana berada dalam kelompok penyanyi muda terbabit. Kalau tidak, saya takkan berada dalam pertandingan ini.

AJL juga sebenarnya bukanlah tempat siapa yang perlu menguasai siapa. Sebaliknya, ia gelanggang untuk kita berkongsi kepelbagaian muzik yang ada. Saya juga pernah berada di tempat mereka (penyanyi baharu) dan mereka juga akan berada di tempat saya, satu hari nanti,” jelasnya memetik BH Online.

Berkenaan persiapannya, Hazama berkata dia baru saja memulakan latihannya semalam kerana terikat dengan penggambaran sebuah drama arahan Mawi dan mempunyai empat hari saja untuk menjalankan latihan.

Jelasnya, dia bersyukur mempunyai isteri daripada industri sama yang banyak membantunya bagi persiapan menjelang pertandingan yang bakal dilangsungkan di Arena Aziata Bukit Jalil.

“Mujurlah isteri, Genervie Kam, banyak membantu dari segi susunan muzik. Saya hanya perlu mengadakan latihan vokal agar dapat memberikan persembahan mantap,” ujarnya.

Hazama turut mengesahkan akan membuat sedikit gimik pada hari persembahan nanti, namun ianya tidaklah sehebat apa yang dipersembahkan pada tahun-tahun sebelum ini kerana mahu memfokuskan kepada nyanyian. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori