Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Sorok ‘Gelang...

PETALING JAYA - Lelaki warga emas yang memakai gelang merah jambu ditahan polis...

Doktor Keluarkan 2kg Sampah...

GOYANG - Seorang lelaki berumur 54 tahun terpaksa dibedah untuk mengeluarkan kira-kira dua...

Nissan Leaf Baharu Akan...

KUALA LUMPUR - Kenderaan elektrik (EV) Nissan LEAF baharu akan dijual di tujuh...

PPIM Desak KPDNHEP Pantau...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri...

Hati-Hati Dengan Perjuangan Sama Ratakan Agama

KAJANG – Umat Islam perlu berhati-hati dengan prinsip kesamaan yang diperjuangkan pihak tertentu terutama desakan supaya Perlembagaan Persekutuan diubah bagi mengangkat kesamarataan terhadap semua agama.

Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris, berkata jika akur terhadap tuntutan itu kerana kononnya atas dasar mewujudkan keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini, ia menunjukkan kegagalan dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT.

“Mereka berjuang supaya Perlembagaan diubah kerana tidak mahu meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Persoalannya apakah dengan menyamaratakan semua agama, maka keharmonian yang mereka ingini akan tercapai.

“Hakikatnya, Islam tidak boleh disamaratakan dengan agama lain dan jika kita bersetuju, maka seolah kita menyerah kalah sebelum sampai di medan perang,” katanya pada Seminar Liberalisme & Media Sosial di Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra di sini.

Khalif Muammar ketika menyampaikan makalah Hubungan antara agama: Wasilah dan Hadaf berkata, umat Islam perlu menjadi model dan memiliki kefahaman yang jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan prinsip keadilan.

“Keadilan bukan bermakna kesamarataan dan perkara ini perlu dipegang teguh oleh setiap Muslim. Islam meminta kita berlaku adil, bahkan kepada orang bukan Islam, sekali gus menunjukkan ia perlu dilaksanakan sama ada kepada mereka dikategorikan sebagai kawan atau musuh.

“Pada masa sama, jangan pula kebencian terhadap sesuatu kaum menyebabkan kita cenderung untuk tidak berlaku adil,” katanya.

Apabila dalam sesebuah negara, kata Khalif Muammar, masyarakatnya berlaku adil sesama rakyat, maka akan wujudlah kestabilan dan keharmonian seperti yang diharap-harapkan.

Mengupas lanjut katanya, antara konsep kesamarataan yang boleh diterima Islam ialah semua manusia perlu diperlakukan dengan saksama di sisi undang-undang.

“Ini bermakna, tidak mengira jantina sama lelaki atau perempuan; kedudukan ekonomi (miskin atau kaya) dan pemimpin atau rakyat perlu menerima hukuman sekiranya didapati bersalah.

“Penjelasan kepada konsep kesamarataan ini perlu dijelaskan dalam konteks yang pelbagai seperti sebagai ibu bapa hendaklah berlaku adil kepada anak-anak tetapi tidak boleh menyamaratakan mereka.

“Layanan untuk anak yang masih kecil dan sudah dewasa itu berbeza mengikut fitrah dan keperluannya,” katanya.

Beliau berkata, begitu juga bagi lelaki yang memilih untuk berpoligami, nafkah dan keperluan isteri serta anak-anak tidak boleh diberi dalam bentuk atau jumlah sama.


Khalif Muammar turut mengingatkan supaya kita melihat semula kepada kemunculan Islam dalam sejarah alam Melayu kerana agama ini terbukti sudah bertapak

Islam sejak lebih seribu tahun dulu.

“Hakikatnya, sejarah sudah dibutakan. Malaysia bukan negara yang muncul selepas era kolonial, sebaliknya kerajaan dan kesultanan Islam yang menurut ahli sejarah wujud sejak sekian lama, lebih 1,000 tahun dulu.

“Mereka semua mendaulatkan Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Perlembagaan pertama dibuat di Tanah Melayu ialah Undang-undang Tanah Negeri Johor oleh Sultan Johor, Sultan Abu Bakar selepas mendapat nasihat daripada Raja Ali Haji,” katanya.

Oleh itu wujud keperluan untuk umat Islam bangkit memelihara hak agama Islam, sekali gus menyanggah kenyataan atau dakwaan yang menyifatkan kita tidak boleh berlaku hidup secara aman damai dengan penganut agama lain.

Ia selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman hendaklah kamu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencian terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Maidah: 8)

Merujuk kepada konsep kesamarataan dalam konteks negara luar, Khalif Muammar berkata, Barat turut mengangkat agama masing-masing seperti Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan Israel semuanya mendaulatkan agama mereka, sekali gus menjadikan tiada negara yang memegang prinsip neutral di dunia ini.

“Kalau dikatakan tidak beragama pun, mereka masih berpegang kepada ideologi sekularisme. Neutral ini hanya apabila mereka tidak berpegang kepada apa-apa ideologi,” katanya.

Beliau berkata, kita perlu mengambil pengajaran terhadap banyak peristiwa yang menunjukkan ketidakadilan dilakukan terhadap umat Islam.

Ia termasuk keruntuhan pemerintahan Islam yang agung, iaitu bumi Andalus sehingga umat Islam dipaksa murtad dan bagi yang tidak mahu memeluk agama Kristian, diusir keluar hingga lebih 200,000 penduduk di sana terpaksa berhijrah ke Maghribi. – BH Online

Kategori