Hasrat WKB2030 Untuk Lahir Bumiputera Berintegriti

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat melahirkan generasi Bumiputera baharu yang berpegang teguh kepada nilai moral dan integriti melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang dilancarkan Sabtu lepas.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, melalui WKB2030 itu, kerajaan mahu generasi Bumiputera bersikap rajin, berusaha, bermaruah dan bersemangat kental nasionalisme yang ingin menyelamatkan negara serta tidak bergantung kepada orang asing.

“Peluang akan diberikan kepada Bumiputera yang membukti kelayakan dan kemampuan mereka. Bagi mereka yang masih belum layak pula, bantuan dan latihan serta sokongan sewajarnya akan diberikan bagi meningkatkan peluang kejayaan mereka.

“Matlamat akhir segala usaha kerajaan ini adalah untuk memastikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum mengecapi taraf hidup wajar menjelang 2030,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi dan sosial di antara Melayu Bumiputera dengan bukan Bumiputera melalui WKB2030.

Loading...