Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Star Wars Terkini Angkat...

NEW YORK - Sekuel filem Star Wars terbaru, The Force Awakens menyaksikan wanita...

100,000 Topeng Muka Sumbangan...

PUTRAJAYA - Sebanyak 100,000 keping topeng muka tiga lapis sumbangan oleh China tiba...

Hafiz Suip Bakal Gamatkan...

KUALA LUMPUR - Konsert artis dari Indonesia iaitu Krisdayanti di negara ini pada...

Stress Tiada Air, Jamal...

GARA-GARA gelojoh memuat naik video luahannya mengenai masalah krisis air, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Hasrat Gadis Mahu Meninggal Dalam Keadaan Cantik

HASRAT seorang gadis, Racine Pregunta, 20, yang mahu kelihatan cantik ketika dalam keranda apabila dia meninggal dunia, telah berjaya dipenuhi oleh keluarganya.

Mayat Racine yang meninggal dunia akibat kanser tulang, telah disolek dan dihiasi dengan bunga dan dipakaikan gaun putih ketika diletakkan di dalam keranda.

Menurut kakaknya, Rolyn Pregunta, lima hari sebelum kematiannya, Racine yang berasal dari Filipina ini telah menyatakan hasratnya iaitu untuk meninggal ‘die BEAUTIFUL’ yang merujuk kepada sebuah filem Filipina.

Filem itu adalah mengenai seorang transgender yang meninggal dunia sewaktu dinobatkan sebagai ratu cantik dan permintaan terakhir watak berkenaan adalah untuk dipakaikan baju dan disolek seperti seorang selebriti.

Rolyn berkata, adiknya yang pernah terlibat dalam bidang modeling juga telah meminta jurusolek artis untuk menyoleknya pada hari pengebumiannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori