Harry Styles Betulkan Kesalahan Tatabahasa Peminat

MUNGKIN ini merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian penyanyi serta idola untuk menyedari kehadiran anda dalam konsert-konsert mereka.

Mana taknya, disebabkan kadbod yang mengandungi kesalahan tatabahasa, salah seorang ahli kumpulan One Direction, Harry Styles menyedari perkara itu lantas mengambil kadbod itu dan memperbetulkan ejaan yang sebenar beserta tandatangan khasnya untuk peminat istimewa berkenaan.

harry

Menulis, “HI HARRY! YOUR SO NICE”, yang mana kemudiannya Harry memperbetulkannya dengan menambah huruf E pada YOUR yang mana membawa maksud YOU ARE.

https://vine.co/v/eTqwKiQ70KZ

Perkara ini memang menjadi kelaziman di kalangan Grammar Nazi yang sering kali kelihatan di media-media sosial. Hehe..

Peminat terbabit, Taelor Ford kemudiannya memuat naik foto kadbod yang telah ditandatangani oleh Harry.

harry1

Mungkin anda boleh cuba taktik Taelor yang sememangnya berjaya menarik perhatian idolanya itu.

Jangan lupa cuba nanti ya! – MYNEWSHUB.CC

Loading...