Harrods Jual ‘Hoodie’ Tertera Perkataan Biadab

HARRODS adalah lokasi syurga membeli-belah barangan mewah yang terkenal di dunia.

Tetapi, ada satu barangan yang dijual di bahagian pakaian wanita pusat beli-belah itu yang pasti membuatkan anda mengerutkan dahi sekiranya anda faham apa maksud ayat yang tertera pada rekaan sehelai baju berkenaan.

Harrods berkata, hoodie berwarna hitam itu ‘penuh dengan tandatangan sikap yang tidak sepatutnya’.

Walaupun baju tersebut memberikan bayangan tentang mesej yang sangat jelas, ia tidak mendedahkan maksud sebenar Hoodie Berslogan Orang Georgia itu.

Mujurlah pengguna Twitter telah menterjemahkannya.

Hoodie ini dijual pada harga £680 sehelai.

Wartawan Moscow di Rusia, Max Seddon menggunakan media sosial untuk memberitahu mengenai maksud sebenar ayat pada baju tersebut.

“Hoodie ini menggunakan penulisan huruf Gorgia dan menurut Harrods ia ‘penuh dengan tandatangan sikap yang tidak sepatutnya’ dan dijual pada harga £680 (RM3,641).

“Ia sebenarnya bermaksud ‘Kau pergi jahanam’ dalam bahasa Rusia.”

Hoodie yang dihasilkan dalam saiz XS hingga L itu boleh dibeli secara dalam talian.

Baju itu yang memerlukan cucian tangan memiliki poket di bahagian depan dan diperbuat daripada benang kapas asli. – Mirror UK

Loading...