Harley Pamer Motosikal Elektrik Pertama

HEBAT… Harley-Davidson mula mempamerkan motosikal elektrik pertama keluarannya pada pameran kenderaan yang diadakan di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Model motosikal terbaharu ini tidak lagi menggunakan konsep lama iaitu dengan gear dan klac, sebaliknya hanya perlu hidup enjin dengan pulas pendikit untuk memecut serta mampu mencapai kelajuan 193 kilometer sejam.

Jentera berkuasa besar ini malahan mampu mencapai kelajuan dari 0 ke 100 kilometer dalam masa hanya 3.5 saat, kata kenyataan Harley-Davidson.

Motosikal berkenaan sudah boleh ditempah pada harga kira-kira RM120,000 sebuah bagi pasaran AS. Demonstrasi motosikal itu diadakan di kawasan pameran Panasonic.

Sekali pandang model terbaharu ini adalah sangat berbeza dengan bentuk kebiasaan keluaran syarikat motosikal berkenaan. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...