Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gempa Sabah: Perdana...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan tiga...

Ekspedisi Tawan Kutub Selatan...

TERKINI DARI KUTUB SELATAN.... Penjelajah Negara, Shahrom Abdullah, sudah berski sejauh 142 kilometer dalam...

Polis Hentikan Siastan Dakwaan...

SHAH ALAM - Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua...

Tikam Bekas Isteri Hingga...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki menikam bekas isterinya hingga mati, hanya kerana mangsa...

Harimau Siberia Minta Bantuan Manusia

ALEKSEYEVKA – Seekor harimau siberia jantan mengejutkan pakar hidupan liar apabila ia keluar dari hutan dan meminta pertolongan manusia selepas mengalami kecederaan.

Harimau jantan itu yang dipercayai berusia 15 tahun atau lebih dan dikenali sebagai Tikhon tiba-tiba muncul di sebuah pos sempadan pedalaman antara Rusia dan China pada 29 Disember lalu.

Haiwan pemangsa itu enggan meninggalkan kawasan tersebut walaupun pengawal sempadan melepaskan tembakan amaran menyebabkan renjer hidupan liar dipanggil untuk memeriksa keadaan Tikhon.

Harimau itu akhirnya ditembak dengan ubat pelali dan dibawa ke pusat rawatan di sini untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Pengarah Pusat Harimau Amur, Sergey Aramilev berkata, harimau itu boleh dikategorikan sebagai ‘warga emas’ yang tahu masanya untuk hidup liar sudah berakhir dan tidak mungkin dibebaskan kembali ke hutan disebabkan faktor usia. – Agensi

Kategori